[VIDEO] Wilfred Madius Tangau nafi lompat parti sokong PN — MYKMU.NET

[VIDEO] Wilfred Madius Tangau nafi lompat parti sokong PN

Sebaran :

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang wakil rakyat di Sabah yang akan melompat parti menyertai Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata berita palsu itu sengaja dibuat oleh pihak tertentu untuk mewujudkan ketidakstabilan dalam kalangan pemimpin parti pembangkang.

“Saya telah dimaklumkan oleh rakan-rakan pimpinan UPKO bahawa ada satu portal yang mengaitkan nama saya…kononnya saya salah seorang Ahli Parlimen pembangkang yang akan melompat dan memberi sokongan kepada kerajaan PN.
“Ini adalah usaha terdesak oleh pihak yang tidak bertangungjawab. Saya sekeras-kerasnya menafikan dakwaan berkenaan.

“Saya mahu pihak yang berkenaan berhenti menyebarkan fitnah ini.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ia tidak dihentikan,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook beliau.



Sumber Facebook Madiustangau

Pada pilihan Raya Umum Ke-14, Madius adalah satu-satunya wakil UPKO memenangi kerusi Parlimen atas tiket Barisan Nasional (BN), namun beliau kemudiannya bertindak membawa UPKO keluar daripada BN untuk menyokong dan bersama-sama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) membentuk kerajaan baharu Sabah ketika itu.

— BERNAMA


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: