Kalau Cina MCA pun mudah lupa, biar Cina muslim ingatkan

MCA pemecah belah

Asas kepada kestabilan politik Malaysia daripada merdeka sehingga kini bukan MCA tetapi ihsan pemimpin dan orang Melayu yang begitu bertoleransi.

Pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mendakwa, MCA bukan penyatu atau penstabil tetapi pemecah-belah.

“Kamu kata MCA adalah penyelesai masalah, bukan pembuat masalah. MCA adalah jambatan yang menyatukan, bukan yang memecahkan masyarakat. MCA adalah pembina pembangunan ekonomi, bukan yang menyokong populisme.

“MCA mewujudkan suasana politik yang stabil untuk rakyat, berbanding menjadi punca kemelut politik. MCA tidak pernah menjadi parti yang mencetuskan pergeseran kaum memandangkan perjuangan mereka bukan untuk masyarakat Cina sahaja, tetapi seluruh rakyat Malaysia.

“Cakap siang pandang-pandang, cakap malam, dengar-dengar. Kalau Cina MCA pun mudah lupa, biar Cina muslim ingatkan, betapa MCA sebenarnya bukan penyatu, tetapi sebaliknya. Yang menyatukan adalah kesabaran dan toleransi Melayu,” katanya menulis di Ismaweb.net hari ini.

Tun M, Berhentilah Porak-perandakan Kestabilan Politik Negara – Dr Asyraf

Beliau berkata demikian membidas pemimpin nombor satu parti itu yang mendakwa sejak ditubuhkan 72 tahun lalu, MCA dikatakan telah menjadi asas kepada kestabilan politik dan berusaha untuk menjadi penyelesai masalah.

Membidas lagi, Prof Ridhuan Tee membangkitkan persoalan berhubung tindakan MCA yang menyatakan hasrat selepas Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kenapa kamu keluar BN ketika BN susah, kecundang PRU14 dan masuk semula setelah melihat laba yang ada dalam PN?

“Sepatutnya, sebagai parti yang bermaruah, tidak sepatutnya kamu berada dalam Kabinet? Katanya lagi, MCA ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Pernah menguasai sehingga 31 kerusi Parlimen pada PRU 2004, parti itu kini hanya mempunyai dua wakil di Dewan Rakyat.

“Boleh tak kamu cari sebab kenapa MCA dapat kerusi sebanyak itu kalau bukan baiknya hati budi Melayu?,” soalnya.

UMNO Selangor ingatkan PPBM jangan usik kerusi

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker