UMNO Selangor ingatkan PPBM jangan usik kerusi

UMNO Selangor mengingatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) agar tidak mengganggu kawasan yang dimiliki UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang nanti.

Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar berkata, bagaimanapun UMNO akan mengelakkan pertembungan dengan PAS pada PRU15 kelak.

“Hasrat ini telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO dan Presiden PAS di Selangor agar UMNO dan PAS tidak bertembung, namun kalau PPBM cuba nak ganggu kawasan kita, UMNO tiada pilihan melainkan terpaksa melawan PPBM.

“Jadi saya minta kepada PPBM, tolong kaji balik Pusat Daerah Mengundi (PDM) mana yang mereka menangi, tolong tengok dan buat kajian betul-betul,” katanya kepada Sinar Harian.



Beliau berkata demikian ketika hadir pada program majlis Dialog NGO-NGO Selangor 1.0 di Bangunan Kumpulan Muara, Seksyen 14 pada Rabu.

Katanya, UMNO sekali lagi mengulangi pendirian hanya mengiktiraf Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai dengan PAS sebelum ini.

“Kita di Selangor berpegang kuat kepada prinsip tetap akan bersama dengan PAS dan pendirian kita jelas bagi memastikan tidak berlaku sebarang pertembungan dengan parti itu.

“UMNO tiada pilihan lain sekiranya PPBM tetap berdegil untuk meletakkan calon di kawasan yang pernah dimenangi UMNO sebelum ini,” katanya. FMT



Alangkah baik ‘penasihat’ Muhyddin ingatkan dia tentang angka – Ahmad Maslan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker