Tun M, Berhentilah Porak-perandakan Kestabilan Politik Negara – Dr Asyraf

Share

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengharapkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar menghentikan segala tindakan dan usaha yang boleh memporak-porandakan kestabilan politik negara.

“Dari zaman Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah, Datuk Seri Najib sehinggalah kini Tan Sri Muhyiddin, nampaknya tiada sesiapa yang mampu memuaskan hati beliau.

“Moga dengan barakah Ramadan kali ini dapatlah kiranya terbuka hatinya untuk menerima seadanya sesiapa yang diangkat menjadi Perdana Menteri yang mungkin tidak sehebatnya. Amiin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dilaporkan, sebuah portal melaporkan Tun Dr Mahathir berikrar tidak akan berhenti daripada usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebagaimana katanya kepada Reuters dalam wawancara melalui sidang video.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Langkawi itu mempertikaikan kesahihan kerajaan Perikatan Nasional setelah tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan akibat tindakannya meletakkan jawatan. – UMNO ONLINE

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!