Sarjan polis dan isteri maut, cucu terselamat


GERIK – Seorang polis berpangkat Sarjan dan isterinya maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), selepas kawasan rehat dan rawat Banjaran Titiwangsa di sini hari ini.

Mangsa yang memandu Perodua Axia, Muhamad Zaidi Mohamad Dahalan, 57, dan isteri, Rosmiza Mohd. Zain, 51, yang cedera parah meninggal dunia di lokasi.

Sepasang cucu mangsa berusia tujuh dan sembilan tahun cedera ringan dan dibawa ke Hospital Jeli, Kelantan oleh orang awam.

Muhamad Zaidi yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, Kelantan bersama isteri dan dua cucu dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Kedah sebelum terlibat nahas dengan sebuah lori kargo 16 tan.

Menurut Ketua Balai Bomba dn Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira pukul 3.59 petang.

Katanya, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa.

“Setiba di lokasi, kita dapati kemalangan membabitkan lori dan kereta iaitu sepasang suami isteri cedera parah dan disahkan maut di lokasi kejadian.

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan dan mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.

Jelasnya, dua lagi mangsa yang cedera telah dibawa keluar oleh orang awam dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Katanya, pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami kecederaan. K Online

Al-Fatihah : Sarjan Polis Maut Motosikal Terbabas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker