[VIDEO] Kesian Adik Comel Ni..“Mengantuk Tahap Gaban Ni Dik” – Gelagat Adik Ni Tidur Berdiri Buat Ramai Netizen Terhibur

Sleepwalking adalah perkara normal bagi mereka yang sering mengigau di tengah malam

Namun, pernahkah anda mendengar seseorang itu sleepstanding atau dalam bahasa Melayu kita panggil tidur berdiri?

Walaupun nampak seperti ianya mustahil terjadi, tetapi tidak bagi seorang kanak-kanak perempuan yang tular di laman TikTok baru-baru ini.



Videonya tidur berdiri selama 32 saat telah berjaya mencuri tumpuan netizen kerana dia nampak begitu lena semasa si ibu merakam gelagat comelnya itu.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Ingatkan main-main, sekali memang betul tidur berdiri siap imbang badan

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @suri_junaide80, kelihatan anak perempuannya itu sedang tidur berdiri ketika mereka berada di sebuah shopping mall.

Kanak-kanak comel itu nampak begitu lena kerana mungkin penat seharian berada di luar dan tidak mampu menahan mengantuk.



Apa yang lebih menghiburkan adalah dia siap mengimbangkan badannya lebih 30 saat dan tidak terjatuh langsung sehinggalah si ayah memegang belakang badannya lalu dia hampir terjatuh.

Ayahnya kemudian pantas memegang si kecil supaya dia tidak tersembam dan ibunya hanya mampu gelak melihat gelagat anak mereka.



“Haha bertuah punya mama, tapi comel la baby ni kalau saya pun mengekek. Kenangan ni boleh tunjuk kat dia masa dia besar nanti” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 212.4K views, 19.3K likes dan 2K shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si kecil itu kerana jarang kita dapat lihat orang tidur berdiri dalam masa yang agak lama.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:



Image from @suri_junaide80 (TikTok)

Image via @suri_junaide80 (TikTok)



Image from @suri_junaide80 (TikTok)

Image via @suri_junaide80 (TikTok)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker