Al-Fatihah : Sarjan Polis Maut Motosikal Terbabas

PETALING JAYA – Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum merempuh penghadang jalan di Jalan Damai Puspa 5 berhadapan Balai Polis Alam Damai, Kuala Lumpur malam tadi.

Dalam kejadian pukul 7.50 malam itu, mangsa, Sarjan Fariq Raub, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Difahamkan, anggota bengkel komunikasi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Cheras Utama.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dipercayai terbabas sebelum merempuh penghadang jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi  kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

‘Barisan Hadapan’ gugur dalam kemalangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker