‘Barisan Hadapan’ gugur dalam kemalangan

Kuala Lumpur: Seorang sarjan polis maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh penghadang jalan di Jalan Damai Puspa 5 berhadapan Balai Polis Alam Damai, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.50 malam itu, mangsa, Sarjan Fariq Raub, 41, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 135 LC hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

Laporan bedah siasat mangsa nahas helikopter diserah kepada polis

“Motosikal mangsa kemudian merempuh penghadang jalan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat.

“Proses bedah siasat jenazah mangsa akan dijalankan jam 8.30 pagi esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

PN Bukan Kerajaan Pintu Belakang Tetapi Kerajaan Pintu Istana

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker