Laporan bedah siasat mangsa nahas helikopter diserah kepada polis

KUALA LUMPUR: Laporan bedah siasat mangsa helikopter terhempas di Taman Melawati sudah diserahkan kepada polis, kata Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Hanafiah Harunarashid.

Bedah siasat Komander (B) Mohamed Sabri Baharom dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi masing-masing selesai pada 11.15 pagi serta 1.15 tengah hari tadi.

“Kita menerima 2 jenazah itu petang semalam dan dilakukan saringan Covid-19, CT scan, dan x-ray juga pada semalam, sebelum bedah siasat mula dilakukan kepada jenazah Sabri pada 9 pagi tadi oleh pakar forensik.

[VIDEO] Helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati (Kemaskini)

“Polis akan mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan bedah siasat itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau turut mengesahkan waris kedua-dua mangsa membuat pengecaman terhadap jenazah terbabit, sebelum bedah siasat dimulakan.

Dalam kejadian semalam, 2 helikopter dipercayai berlanggar di udara, sebelum sebuah daripadanya terhempas kira-kira 12 tengah hari di Taman Melawati, Ampang.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker