Mangsa sudah 3 hari tidak pulang rumah · MYKMU.NET

Mangsa sudah 3 hari tidak pulang rumah

Share

Bintangor: Seorang mangsa warga emas dikhuatiri hilang oleh ahli keluarganya selepas tiga hari tidak pulang ke rumah panjang mereka di Rumah Lingoh Nanga Engkeraji Pakan.

Jurucakap Pasukan Bravo Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor mengesahkan, mangsa yang merupakan seorang wanita dikenali sebagai Chemerai Mering, 63, dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat lalu.

“Maklumat awal yang kita peroleh dari ahli keluarga mangsa mengatakan mangsa pergi ke Pejabat Kebajikan Daerah Pakan dengan berjalan kaki dari rumah panjang menuju ke jalan utama menggunakan jalan denai yang mengambil masa sekitar satu jam,” katanya.

Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Shafie, kata Anifah

Bagaimanapun, mangsa tidak balik ke rumah meskipun hari sudah gelap.

Menurutnya, bimbang sesuatu yang buruk menimpa mangsa, satu laporan polis dibuat ahli keluarganya di Balai Polis Pakan bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengesan kehilangan warga emas itu.

Katanya, setakat jam 5 petang tadi, mangsa masih lagi belum ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang mana kerja-kerja pencarian mangsa akan diteruskan hari yang kedua esok.

Leave a Reply