Tengku Zafrul perlu jumpa Anwar, kata Kit Siang

Share

MENTERI Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz perlu berjumpa dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berbincangkan mengenai cadangan-cadangan ahli Parlimen pembangkang terhadap Belanjawan 2021.

Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, pertemuan Tengku Zafrul dengan ahli Parlimen pembangkang sebelum pembentangan Belanjawan 2021 tanpa mempertimbangkan dan menerima sebarang cadangan-cadangan yang diberi adalah satu tindakan yang tidak memadai.

Justeru katanya, memandangkan Belanjawan 2021 telah seminggu dibahaskan di Dewan Rakyat, Tengku Zafrul perlu berjumpa dengan Anwar untuk membincangkan bagaimana beliau boleh memasukkan pendapat dan cadangan ahli-ahli Parlimen pembangkang.

“Supaya Belanjawan 2021 ini boleh benar-benar menjadi belanjawan perpaduan yang menjadi asas kepada usaha melawan Covid-19 dengan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dan rakyat Malaysia,” kata Ahli Parlimen Iskadar Puteri itu.

Kit Siang yang juga penasihat parti DAP dalam kenyataan terbaharunya turut mempersoalkan sama ada Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Tengku Zafrul akan bertahan selama 10 hari lagi sehingga pengundian bacaan kedua yang akan berlangsung pada 25 November ini.

Nota : Jangan terkejut kalau Muhyiddin yang jumpa Anwar. Tengku Zafrul bukan ahli politik pun.

Anwar jumpa Muhyiddin dengan Hamzah bawa agenda reformasi

Leave a Reply