PN Bukan Kerajaan Pintu Belakang Tetapi Kerajaan Pintu Istana

Share

Kemelut politik negara telah diselesaikan Agong dengan bijaksana. Ini kerajaan pintu istana yang sah, bukan kerajaan pintu belakang.

Jika mahu mengatakan ini adalah pengkhianatan maka PH adalah selayaknya untuk memikul gelaran tersebut.

Ini kerana ketika UMNO, PAS & GPS menyatakan sokonganya terhadap Mahathir, MP Pembangkang mengalihkan sokongan mereka kepada Anwar sebagai calon Pendana Menteri pilihan mereka.

Oleh yang demikan Mahathir gagal menjadi Perdana Menteri yang sepatutnya buat kali ketiga. Oleh sebab itu UMNO, PAS & GPS bersetuju untuk memilih dan mengangkat Muhyiddin Yassin sebagai Nakhoda Kapal yang baru dan ini telah dibuktikan sokongan yang diperolehi dihadapan YDPA.

Muhyiddin Yassin berusaha menggantikan Mahathir bagi menyelamat negara dan bukanlah pengkhianat seperti yang digelar sesetengah pihak.

Kita jangan lupa ketika Mahathir diterima menghadap dan diminta oleh tuanku untuk tidak letak jawatan tetapi mahatir tidak peduli dan tetap meletak jawatan.

Jadi menuduh Kerajaan PN sebagai kerajaan pintu belakang adalah satu penghinaan langsung kepada YDPA yang telah berjaya memainkan peranannya dengan menyelesaikan konflik kepimpinan negara ini dengan cermat dan tertib sesuai dengan peranan dan tanggungjawab baginda sebai payung negara.

 

Yeop Karai

Seorang pesara tentera, pemikir politik & Juara Dam Haji Warong Pak Mat Pulau Tiga Kampung Gajah. Kini pencinta Nasi Kandar sepenuh masa

 

One thought on “PN Bukan Kerajaan Pintu Belakang Tetapi Kerajaan Pintu Istana

  • July 15, 2020 at 07:26
    Permalink

    Ni semua salah Tun hahaha. Yg ko g letak jawatan kenapa? Pastu merapu salahkan orang..
    Tangan ko yang mencipta. Udah2 lah wahai sisaka tua!!

    Reply

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!