Hakim tarik diri, rayuan Anwar terhadap saman berkaitan pengampunan ditangguh


Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin telah menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan beliau untuk membatalkan saman seorang peguam berhubung kesahan pengampunan diraja yang diperoleh bagi sabitan kes liwatnya.

Susulan itu, pendengaran rayuan tersebut hari ini di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah ditangguhkan.

Nor Bee yang mempengerusikan panel itu berkata, pada 2016, beliau telah membuat keputusan dalam permohonan semakan kehakiman Anwar dan keluarganya terhadap Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi.

Mohd Khairul Azam, yang memfailkan saman itu pada 26 Feb tahun lepas, menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar selaku defendan, mendakwa beberapa tindakan tidak berperlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar menerima pengampunan yang membebaskannya dari penjara selepas PRU Ke-14.

Kalau anda terlepas…

MP PKR bimbang ‘diperangkap’ untuk paksa sokong PN
Dia mendakwa pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dilaksanakan atas nasihat Lembaga Pengampunan.

Dakwanya pada ketika itu Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna berikutan negara baru selesai menjalankan PRU ke-14 pada 9 Mei 2018 dan dalam proses membentuk kerajaan baru.

Anwar telah dihukum penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azland dan sabitan serta hukuman itu dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015.

Peguam Datuk M Reza Hassan turut mewakili Mohd Khairul Azam, J. Leela mewakili Anwar manakala Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan hadir bagi pihak Lembaga Pengampunan. Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker