Bukan kapal halimunan, BNS tunjuk 5 LCS dalam pembinaan

Bukan kapal halimunan, BNS tunjuk 5 LCS dalam pembinaan

LUMUT: Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) menunjukkan lima kapal tempur pesisir (LCS) sedang dalam pembinaan dengan salah satunya sudah mencapai 60%.

Ketua Pegawai Eksekutif BNS, Azhar Jumaat yang mengundang media ke kawasan pembinaan berkata RM6 bilion yang dibelanjakan kerajaan sudah dibuktikan menerusi pembinaan itu.

Azhar berkata, bukti itu sekali gus menafikan ia “kapal halimunan” seperti didakwa sesetengah pihak.

“Kami telah menetapkan landasan dan tahap keupayaan, jadi tolong beri kami peluang dan ruang untuk tunjuk realitinya,” katanya kepada media.

Sejak tercetus isu berkaitan projek LCS minggu lalu, ini kali pertama media diundang BNS ke tapak pembinaan kapal itu di Lumut.

Sebanyak 48 pengamal media menyertai sesi lawatan ke tapak pembinaan LCS itu hari ini.

Projek pembinaan LCS adalah perolehan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan dengan kos keseluruhan RM9 bilion. Kontrak bagi projek itu bermula 2013 dan dijangka siap dalam masa 10 tahun.

Azhar berkata, pembinaan empat lagi kapal mencapai kemajuan 48%, 43%, 36% dan 22%.

Ketua Pegawai Eksekutif BNS Azhar Jumaat memberi penerangan kepada media pada sesi lawatan ke tapak pembinaan LCS di Lumut, Perak.
“Ramai buat dakwaan (LCS) halimun, kapal dibuat daripada kayu malah Sultan Perak dikelirukan. Semua dakwaan ini tidak benar.

“Ini bukan kapal halimun, tetapi kapal metal sebenar bukan daripada kayu. Lebih penting ini bukan replika, ini kapal sebenar,” katanya.

Minggu lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya menyatakan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada BNS, yang dilaksanakan secara runding terus, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengemukakan kertas siasatan dakwaan penyelewengan dalam pengendalian LCS kepada Jabatan Peguam Negara. FMT

Bukan kapal halimunan, BNS tunjuk 5 LCS dalam pembinaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker