Dah jumpa pemimpin PN 2 minggu lalu – Ismail

Dah jumpa pemimpin PN 2 minggu lalu – Ismail

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah mengadakan pertemuan bersama Perikatan Nasional (PN) dua minggu lalu.

Beliau berkata, pertemuan yang berlangsung pada minggu terakhir sesi sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen itu dihadiri Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin dan Bendahari PN Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Dah…hari itu saya dah kata, dah ada (pertemuan). Bersatu telah sampaikan pandangan mereka dan saya pun dah sampaikan pandangan saya…jadi setakat itu sajalah,” katanya selepas melawat Pavilion Pahang pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps).

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas mengenai perkembangan terkini pertemuannya bersama kepimpinan PN.

Ismail berkata, perkara itu juga telah diumumkan semasa beliau merasmikan Maha 2022 pada 6 Ogos lalu dan ia tidak perlu dibangkitkan lagi.

Fokus isu rakyat

Perdana menteri turut menegaskan fokus kerajaan kini adalah untuk menyelesaikan isu rakyat dan memulihkan semula ekonomi negara.

“Rakyat lebih nak dengar perkara ini (menyelesaikan isu rakyat). Biar kita fokus kepada rakyat. Itu lebih penting.

“Harga barang misalnya yang dikatakan naik dan sebagainya, atas intervensi yang dibuat kerajaan, harga ayam dah turun, lambakan ayam di pasaran tidak besar dari segi jumlahnya yang menyebabkan harga walaupun kita tetapkan harga siling RM9.40, sekarang RM7.50 dan ada sesetengah tempat RM7. Itu fokus kerajaan lebih kepada menjaga kepentingan rakyat.

“Seperti minyak masak. Minyak sawit dah turun harga tetapi minyak masak tak turun. Sekarang menerusi Jawatankuasa Petugas Khas (Jihad) Tangani Inflasi, kita dah berjaya turunkan harga minyak masak. Kita juga dimaklumkan oleh Kementerian Kerja Raya bahawa harga besi pun dah turun,” katanya.

Ismail yang turut diminta mengulas mengenai pertumbuhan suku kedua Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencapai pertumbuhan 8.9%, berkata ia akan diulas pada Konvensyen Wanita Barisan Nasional (BN) esok yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. FMT

Dah jumpa pemimpin PN 2 minggu lalu – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker