Saya terima arahan tahan Rozman

Saya terima arahan tahan Rozman

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa beliau telah menerima arahan untuk menahan Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli untuk siasatan mengikut Akta SPRM 2009.

Penolong Kanan Penguasa di Unit Siasatan SPRM, Wilayah Persekutuan Labuan, Kamal Awang Besar ,42, berkata beliau telah membacakan notis penangkapan itu kepada ahli politik berkenaan ketika tertuduh hadir di Pejabat SPRM di Labuan bersama seorang lagi individu, pada 16 Julai tahun lalu.

Ketika menceritakan mengenai proses penahanan, saksi pendakwaan pertama itu berkata, beliau telah membawa Rozman ke dalam bilik rakaman percakapan bervideo (VIR) dan memperkenalkan dirinya sambil menunjukkan kad kuasanya sebelum menerangkan tujuan tertuduh diarahkan hadir ke pejabat itu.



“Saya juga memberitahu beliau bahawa, saya telah menerima arahan untuk membacakan notis di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 iaitu notis tangkap dan Datuk Rozman faham dengan perkara tersebut dan kemudian beliau sendiri menandatangani notis berkenaan,” katanya sambil menambah peranannya dalam kes ini adalah sebagai pegawai tangkap.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari pertama perbicaraan kes Rozman yang berdepan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM), yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Muntaqim Abdul Aziz manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili tertuduh.

Rozman, 57, didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu timbalan pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi LLPM, yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan.



Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya antara 2.30 hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018.

Pertuduhan adalah menurut Seksyen 23(1) Akta SPRM dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung esok. FMT

Saya terima arahan tahan Rozman




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker