Michael Ang tak suka pelakon ‘make up over’ tak sesuai dengan watak

BUKANNYA baru semalam kita membahaskan isu solekan dalam drama atau filem. Sebaliknya, ia sudah diperkatakan sekian lama

Kita masih melihat pelakon disolek tebal ibarat menghadiri majlis keramaian, walhal, yang dilakonkan adalah babak bilik tidur atau dalam rumah atau sedang masak di dapur.

Kelihatan remeh, tapi hakikatnya aspek solekan turut menjadi ukuran terhadap kebijaksanaan pembikin drama atau filem terbabit. Jangan lupa, penonton kita bijak menilai walau sekecil-kecil perkara terhadap apa yang mereka saksikan di kaca televisyen mahupun Internet.

Bila agaknya segelintir pembikin filem dan drama bersedia untuk membuka mata tentang perkara ini? Takkan mahu terus membiarkan penonton keliru dengan sajian yang disifatkan tidak masuk akal? Hangat Seminggu ketengahkan isu ini, kali ini.

Pengarah, Michael Ang memang amat teliti soal solekan yang dikenakan dalam drama arahannya.

Kata Micheal atau mesra disapa Mike, sebagai pengarah, dia perlu tegas menentukan hala tuju drama arahannya, termasuk dalam menetapkan bentuk solekan mengikut kesesuaian babak yang dilakonkan.

“Tengok mana-mana drama arahan saya, tidak pernah sekalipun saya membenarkan pelakon mengenakan mekap berlebihan melainkan perkara itu dituntut watak yang dibawakan.

“Kita kena berpijak di bumi yang nyata. Takkanlah babak masak di dapur kena bersolek tebal? Atau makcik di kampung yang mana solekannya berlebihan.

“Jadi, sebagai pengarah, memang saya tak akan benarkan perkara ini berlaku sebab saya teliti, lebih-lebih soal solekan dan tata rias untuk drama,” ujarnya.

Dedah Michael, kesedaran tersebut tidak seharusnya diletakkan di bahu pengarah semata-mata kerana solekan tidak bersesuaian dengan watak ini sering berlaku atas kemahuan pelakon itu sendiri.

“Saya tak perlu sebut nama, anda tahu pelakon mana yang solekannya sentiasa tebal dan tidak mengikut watak dilakonkan. Yang perangai seperti ini ada dalam kalangan pelakon baharu dan juga veteran.

“Ada yang curi-curi pakai bulu mata palsu semata-mata hendak sentiasa kelihatan cantik dalam setiap babak meskipun berkali-kali ditegur pengarah. Situasi ini berlaku, jadi jangan salahkan pengarah sahaja

“Tetapi bukan semua pelakon berperangai begitu. Ada juga yang rasional, yang sendiri menegur jurusolek sekiranya solekan mereka berlebihan atau tidak bersesuaian dengan watak yang mereka bawakan,” jelasnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Azwan suruh Aaron maki saja dua orang tu

PRN: PH-BN capai kata sepakat, penyandang kekal bertanding

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker