Abaikan majlis perkahwinan sendiri demi kontrak

Abaikan majlis perkahwinan sendiri demi kontrak

Freetown: Pemain bola sepak, Mohamed Buya Turay terpaksa berkorban dengan tidak hadir pada majlis resepsi perkahwinannya sendiri kerana perlu memuktamadkan kontrak dengan pasukan baharu.

Penyerang berusia 27 tahun itu yang berasal dari Sierra Leone bertukar dari sebuah pasukan di China ke Malmo, Sweden, bulan lalu.

Katanya, majlis itu diteruskan dengan abangnya mewakili dirinya.

“Kami berkahwin di Sierra Leone pada 21 Julai lalu. Tetapi saya tidak berada di sana kerana Malmo meminta saya datang ke sini lebih awal.

“Oleh itu, kami sepakat meminta bantuan abang menggantikan diri saya supaya nampak seolah-olah macam saya ada di situ bagi memastikan majlis berjalan lancar seperti dirancang.

“Pada masa sama, kami merakam gambar perkahwinan lebih awal,” katanya kepada Afton Bladet, seperti yang diterjemahkan The Sun.

Katanya, dia akan meminta isterinya menyertainya di Eropah.

“Saya akan cuba membawanya ke Sweden dan Malmo sekarang supaya dia boleh dekat dengan saya.

“Dia akan menetap di sini bersama saya,” katanya dalam portal New York Post.

Berkenaan bulan madu katanya, ia terpaksa ditangguhkan kerana dia perlu mencapai misi kemenangan dalam liga. HM

Abaikan majlis perkahwinan sendiri demi kontrak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker