Pesakit Covid-19 Tumbuk Jururawat Sebelum Cuba Lari Dari Hospital

Pesakit Covid-19 Tumbuk Jururawat Sebelum Cuba Lari Dari Hospital

Sungai Buloh: Seorang pesakit Covid-19 parah selepas selepas terjatuh dari tingkat lima ketika cuba melarikan diri dari Hospital Sungai Buloh, semalam.

Kejadian berlaku pada 3.20 petang semalam, selepas mangsa berusia 33 tahun dimasukkan di dalam wad hospital itu pada 3 pagi hari sama akibat positif Covid-19.



Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pesakit yang kelihatan murung itu cuba keluar dari wad sebelum bergelut dengan jururawat yang cuba menghalangnya.

“Pesakit lelaki itu bertindak agresif terhadap jururawat dengan menumbuk muka dan mengejar jururawat yang menghalangnya untuk keluar dari wad berkenaan.

“Dia turut mengganggu pesakit lain sebelum pergi ke tepi tingkap wad berkenaan dan cuba terjun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu disedari staf lain hospital dan cuba menyelamatkannya, namun pesakit itu akhirnya terjatuh ke aras bawah hospital.



Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk menerima rawatan lanjut kerana cedera di badan dan muka.

Katanya, kes masih dalam siasatan polis untuk tindakan selanjutnya.-HM

Pesakit Covid-19 Tumbuk Jururawat Sebelum Cuba Lari Dari Hospital


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bintang TikTok maut jatuh bangunan semasa rakam video [VIDEO]



Sudah Lama Berlalu, Chong Wei Enggan Dedah Nama Perasuah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker