GDL rider amat tidak munasabah – Pemuda UMNO

GDL rider amat tidak munasabah – Pemuda UMNO

Cadangan kerajaan untuk mewajibkan penunggang p-hailing memiliki Lesen Memandu Vokasional (GDL) dianggap tidak menyelesaikan masalah pokok berkaitan kebajikan golongan berkenaan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan tersebut adalah amat tidak munasabah ketika ini.

“Janganlah diperas lagi penunggang tatkala ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya, pasaran kerja yang masih sendu, tekanan harga barangan yang meningkat dek inflasi dan beban bayaran balik pinjaman bank.

“P-hailing inilah yang menjadi ruang untuk mereka mencari rezeki, memastikan dapur berasap, anak bini cukup makan dan ada bumbung menutupi mereka sekeluarga,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong tidak menolak kemungkinan penunggang dan pemandu p-hailing perlu mendapatkan GDL sebagai syarat untuk bekerja dalam industri ekonomi gig itu.

Selain itu, kerajaan juga akan meminda had umur penunggang p-hailing atau motosikal penghantaran barangan kepada tidak kurang dari 18 tahun berbanding 21 tahun ketika ini.

Pada masa yang sama, Asyraf Wajdi tidak menafikan cadangan tersebut mempunyai asas dari segi soal keselamatan dan perlindungan insurans.

Beliau turut mempersoalkan sama ada kos mengambil lesen GDL akan ditanggung oleh penunggang atau syarikat.

“Mahu GDL, boleh dipertimbangkan. Tetapi kami mahu pekerja-pekerja sektor ini diiktiraf sebagai pekerja mengikut undang-undang buruh negara.

“Barulah hak dan kepentingan mereka dan keluarga mereka terjamin. Lebih manis, syarikat yang tanggung kos ambil lesen GDL,” katanya.

Asyraf Wajdi juga akan bertemu dengan Ka Siong untuk membincangkan tentang isu tersebut. MG

GDL rider amat tidak munasabah – Pemuda UMNO


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah

Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker