PAS ‘Payung Melayu’ tidak akan bersama dengan Kerajaan Madani

PAS menegaskan pendiriannya menolak sebarang usaha yang dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mendapat sokongan pembangkang dan meningkatkan majoriti di Dewan Rakyat.

Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata PAS dan PN akan terus menjadi “payung” kepada orang Melayu di Malaysia.

“Terima kasih kerana telah mengiktiraf kualiti PAS.



“Namun PAS tetap tidak akan bersama dengan kerajaan perpaduan yang retak menanti belah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Idris membangkitkan usaha Anwar untuk menarik sokongan pembangkang serta laporan berkenaan usaha perdamaian yang digerakkan pertubuhan Islam antarabangsa.

“Mungkin ramai yang bingung mengapa Anwar, meskipun dari sudut jumlahnya telah mencapai majoriti dua pertiga sokongan ahli parlimen, namun pagi, petang, siang dan malamnya bekerja keras untuk menarik sokongan bersama dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Pada Selasa lalu, laporan Free Malaysia Today memetik sumber yang mendakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang menolak usaha perdamaian dengan Anwar yang digerakkan Ikhwanul Muslimin, dua bulan selepas Anwar menjadi perdana menteri.



Menurut sumber itu, wakil pertubuhan itu datang ke Malaysia dua kali untuk mempertemukan Abdul Hadi dan Anwar tetapi tidak berjaya.

Mengulas lanjut, Idris yang juga ahli parlimen Bukit Gantang mendakwa usaha menarik sokongan PAS antaranya kerana pentadbiran Anwar tiada “faktor wow” yang selalunya menyusuli pelantikan perdana menteri baru.

“Apa tidaknya, semua agenda reformasi dan hentam kerajaan waktu menjadi pembangkang dilanggarnya.

“Mereka buat apa yang mereka hentam lunyai kerajaan sebelum ini…sekarang sudah terang lagi bersuluh,” menurut Idris.



Idris juga mendakwa pentabdiran Anwar gagal gagal menarik sokongan Melayu, manakala Umno terpaksa menyembunyikan “kuku dan taring” ekoran agenda peribadi pemimpinnya.

Berkenaan Amanah pula, dia menyifatkan parti itu kekal dilihat sebagai “anak emas DAP” dan tidak membawa nilai tambah kepada Anwar dalam usaha menarik sokongan Melayu.

Pada Oktober lalu, Anwar berkata pintu masih terbuka untuk PAS bersama-sama kerajaan, dengan syarat parti itu menerima bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum dengan setiap rakyat mempunyai tempat mereka.

Pada 12 Disember lalu, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin memberi amaran kepada ahli parlimen parti itu yang mereka boleh dipecat jika menyuarakan sokongan kepada Anwar di Dewan Rakyat.



Hashim memberi amaran itu selepas ahli parlimen Bersatu Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa terdapat tujuh atau lapan lagi ahli parlimen PN akan menyuarakan sokongan kepada Anwar.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?



Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker