Tun Abdullah, isteri zahir takziah kepada keluarga Tun Rahah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah menzahirkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga atas pemergian bondanya, Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah petang semalam.

Abdullah dan isteri dalam kenyataan semalam turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang bertaqwa.



Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan.

Allahyarhamah berkahwin dengan Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak Hussein pada 4 September 1952, dikurniakan lima anak lelaki iaitu Najib, Datuk Seri Mohamed Nazir, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam dan Datuk Mohamed Nazim.

– BERNAMA

Tun Rahah, wanita di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker