Mazlan Aliman umum letak jawatan dalam AMANAH

Bekas Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman memaklumkan telah meletakkan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional sejak 30 Oktober lalu.

Beliau berkata, keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden AMANAH, Mohamad Sabu pada hari beliau meletakkan jawatannya.

Menurutnya, keputusan tersebut diambil kerana mahu memberi tumpuan penuh kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkannya sebelum ini.

“Hari ini saya umumkan secara rasmi bagi mengelak prasangka dan tanda tanya khususnya menjelang Konvensyen AMANAH Nasional yang dijadualkan pada 26 hingga 27 Disember ini di Melaka.



“Saya mula terlibat dalam politik sejak tahun 1986. Terlibat dengan Pas dan kini AMANAH. Suka duka, susah senang dalam perjuangan selama 34 tahun banyak pengalaman yang dirasai dan pengajaran berguna sebagai muhasabah diri.

“Saya berhasrat untuk memberi tumpuan penuh kepada beberapa NGO yang saya dan rakan rakan tubuhkan. Antaranya Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF), Pertubuhan Gerak Tani Negeri Johor dan NGO Malaysia Baru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mazlan juga memaklumkan telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Biro Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar AMANAH Nasional.

Pada masa sama katanya, selaku anak peneroka Felda, banyak perkara yang menguji prinsip dan integritinya antara mahu menjaga kepentingan peribadi atau peneroka Felda yang kerap kali menjadi mangsa ketidak adilan



Tambahnya lagi, pengalaman setahun empat bulan sebagai Pengerusi LPP sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH), telah mendorongnya menubuhkan NGO Pertubuhan Gerak Tani sebagai kesinambungan membina ‘networking’ para usahawan tani di seluruh negara.

Beliau berpendapat, konsep semak dan imbang dapat diamalkan secara lebih terbuka jika ianya melalui NGO, di mana badan berkenaan dapat menjadi kuasa ke tiga yang boleh memberi input kepada dasar kerajaan.

“Saya mensasarkan dua tahun bagi NGO ini memaksimumkan usaha membantu para usahawan tani hingga ke peringkat eksport antarabangsa.

“Sebagai ahli politik yang bermula dari bawah, polemik pertembungan dalaman parti dan berdepan lawan politik yang berbagai sifatnya, memerlukan kematangan dalam melihat masa hadapan negara.



“Sudah sampai masanya politik baharu yang merentasi politik kepartian dapat dijayakan,” katanya lagi. MD

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker