Sultan Selangor ziarah jenazah Allahyarhamah Tun Rahah



SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pagi ini dijangka berangkat menziarahi jenazah balu kepada Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.

Sultan Sharafuddin yang akan diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dijangka menziarahi jenazah di Masjid Ar-Rahah, di Kerinchi, Kuala Lumpur, jam 9.15 pagi ini.

SULTAN Selangor, Permaisuri Tengku Norashikin tiba jam 9.18 pagi ziarah jenazah Tun Rahah.SULTAN Selangor, Permaisuri Tengku Norashikin tiba jam 9.18 pagi ziarah jenazah Tun Rahah.

Ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak itu, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan.

Allahyarhamah Tun Rahah, 87 itu meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Prince Court di sini, semalam.






Leave a Reply

Your email address will not be published.