Kantoi beromen, pasangan kekasih diugut polis bantuan

Kantoi beromen, pasangan kekasih diugut polis bantuan

JOHOR BAHRU – Sepasang kekasih yang ‘berasmara’ dalam kereta di belakang sebuah pusat beli-belah di sini mendakwa diugut oleh dua polis bantuan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dua anggota polis bantuan dikatakan meminta wang berkenaan sebagai ‘ganjaran’ supaya pasangan kekasih itu tidak dikenakan tindakan.



Bagaimanapun, katanya, pasangan berusia 25 dan 32 tahun tersebut memaklumkan tidak mempunyai wang tunai mencukupi.

“Pasangan lelaki kemudian menyerahkan kad ATM miliknya berserta nombor pin bagi membolehkan polis bantuan itu mengeluarkan sendiri wang tersebut.

“Tidak lama selepas dilepaskan oleh kedua-dua suspek, pengadu menerima pesanan ringkas dalam telefon bimbitnya memaklumkan terdapat pengeluaran berjumlah RM1,000 dibuat daripada akaun bank miliknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengadu kemudian membuat laporan tentang kejadian itu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) pada pukul 11.23 pagi semalam.



“Siasatan awal dibuat mendapati kedua-dua suspek merupakan anggota polis bantuan yang bertugas di kawasan bangunan pusat beli-belah berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek berjaya ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD JBS pada pukul 9 malam semalam.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,000 yang merupakan barang kes,” katanya sambil memberitahu kedua-dua suspek kini dikenakan tahanan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. MG

Kantoi beromen, pasangan kekasih diugut polis bantuan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu



Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker