Honda Civic Hibrid berjumlah RM118,485 dibeli melalui sekeping cek

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu bekas pengerusi Felda Shahrir Samad membuat pembayaran penuh bagi pembelian sebuah kereta jenis Honda Civic Hibrid bernilai RM118,485 menggunakan sekeping cek, sembilan tahun lalu.

Eksekutif Akaun Sutera Auto Sdn Bhd, Rozana Khalid, 43, yang terlibat dalam proses penutupan akaun bagi pembelian kereta berwarna putih itu, berkata Shahrir membuat pembayaran itu, pada 21 Dis 2013.

Beliau berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).



Saksi pendakwaan ketujuh itu turut mengesahkan salinan cek dan resit bayaran yang ditunjukkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi

Rozana juga berkata, terdapat tiga kaedah pembayaran bagi pembelian tunai iaitu menggunakan wang tunai, kad kredit dan cek, namun kebarangkalian untuk seseorang berbuat demikian hanya satu atau dua peratus.

“Kebiasaannya pembeli akan membuat pinjaman bank. Sebagai contoh, daripada 50 unit yang terjual mungkin dua atau tiga orang akan membeli secara tunai dan pembayaran itu akan dibuat sama ada dalam bentuk wang tunai atau kad kredit,” katanya.

Terdahulu, mahkamah mendengar keterangan Eksekutif Pentadbiran Sutera Auto Sdn Bhd Nurrul Hafizah Md Roslan, 40, berhubung invois yang disediakan selepas urusan pembayaran dan pendaftaran kenderaan itu selesai.



Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 Apr 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin bersambung esok.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu



Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker