Rasulullah s.a.w. mengalahkan ahli gusti yang tidak pernah tewas sehingga dia memeluk agama Islam

Rasulullah s.a.w. mengalahkan ahli gusti yang tidak pernah tewas sehingga dia memeluk agama Islam

Daripada Abu Daud dan al-Tirmizi, daripada Abi Jaafar bin Muhammad bin Rukanah daripada bapanya mengatakan bahawa, Rukanah pernah mencabar Baginda s.a.w. untuk beradu kekuatan. Lalu apabila mereka berlawan, Baginda s.a.w. telah berjaya mengalahkannya.

Dalam riwayat oleh Abu Bakr al-Syafie dengan sanad yang baik daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Yazid bin Rukanah adalah seorang pendekar yang terkenal dengan kekuatannya telah mencabar Baginda s.a.w. untuk bergusti.



Dalam cabaran tersebut, dia telah mengenakan bayaran 100 ekor kambing kepada sesiapa yang kalah. Baginda s.a.w. menyahut cabarannya dan telah berjaya menundukkannya sebanyak tiga kali dalam tiga pusingan.

Akhirnya dia berkata,

“Wahai Muhammad! Tiada siapa pun pernah dapat menjatuhkan aku hingga terlentang dalam semua pertarungan melainkan engkau. Sebelum ini engkaulah yang paling aku benci. Namun sekarang aku naik saksi tiada tuhan yang lebih benar yang berhak disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad s.a.w. itu rasul-Nya.”

Nabi s.a.w. kemudiannya telah mengembalikan semula kambing-kambing yang diserahkan sebagai pertaruhan itu.



Kisah ini menunjukkan bahawa Baginda s.a.w. bukan sahaja mempunyai akhlak yang sangat pemurah, malah Baginda s.a.w. juga adalah seorang ahli tempur yang sangat kuat sehingga dengan mudahnya berjaya mengalahkan seorang ahli gusti yang terkenal dan tidak pernah tewas dalam-mana perlawanan sehingga dia akhirnya memeluk agama Islam dan tunduk kepada Allah serta Rasul Nya.

Berlapang dada

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki yang tidak pernah sekalipun melakukan kebaikan. Namun lelaki tersebut selalu memberikan hutang kepada orang lain.

Ketika memungut hutang, dia selalu berpesan kepada hambanya,



“Ambillah berapa pun yang disimpan dan janganlah menyusahkan orang, dan seringlah memberi maaf. Mudah-mudahan Allah berkenan mengampuni kita.”

Setelah lelaki itu meninggal dunia Allah bertanya,

“Adakah kamu pernah membuat kebaikan?” Dengan jujur lelaki itu menjawab,

“Tidak! Cuma aku mempunyai seorang pembantu dan aku biasa memberikan hutang kepada orang lain. Ketika aku meminta pembantuku mengutip hutang, selalu sahaja aku berpesan kepadanya, “Ambillah berapa pun yang dia berikan, jangan menyusahkan orang lain dan selalulah memaafkan orang lain. Mudah-mudahan Allah mengampuni kita.”



Sesudah itu Allah berfirman, “Cukup! Aku telah mengampunkan mu.” Utv

Rasulullah s.a.w. mengalahkan ahli gusti yang tidak pernah tewas sehingga dia memeluk agama Islam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik



Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker