Kes lelaki amuk bersenjata parang dirujuk semula ke TPR

Kes lelaki amuk bersenjata parang dirujuk semula ke TPR

MANJUNG: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki bersenjatakan sebilah parang yang mengeluarkan kata-kata ugutan seperti tular dalam video di Facebook hari ini, akan dirujuk semula kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Manjung, Nor Omar Sappi, berkata sebelum ini kertas siasatan telah dihantar pada 25 Julai lalu namun terdapat beberapa arahan lanjut yang perlu dilengkapkan.

“Suspek ditahan pada 2.20 petang, 21 Jun lalu oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Manjung di perkarangan IPD Manjung bagi siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Ia ekoran laporan polis yang dibuat oleh ibu saudara suspek pada 9 April lalu selepas suspek mendakwa tanah di tempat kejadian adalah miliknya sedangkan dalam akuan geran tanah tidak terdapat namanya,” katanya dalam kenyataan.

Nor Omar berkata, lelaki berusia 50-an itu dipercayai datang ke kawasan tanah hak milik ibu saudaranya itu di Manjung membawa sebilah parang dan tong disyaki berisi minyak petrol sambil mengeluarkan kata-kata ugutan mahu melibas kepala serta memenggal kepala pengadu dengan parang selain akan membakar rumah yang sedang dibina oleh pemilik tanah.

“Suspek yang bekerja sendiri didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mengakui telah mengeluarkan kata-kata ugutan jenayah tersebut kepada pengadu sambil memegang sebilah parang kerana tidak berpuas hati berkenaan pemilikan tanah tersebut,” tambahnya.

Video berdurasi satu minit 42 saat yang dimuat naik kira-kira 9.30 pagi tadi oleh pemilik akaun Facebook ‘Kongsi Segala Info’ memaparkan kejadian seorang lelaki sambil memegang sebilah parang dalam keadaan marah dan mengeluarkan kata-kata ugutan. FMT

Kes lelaki amuk bersenjata parang dirujuk semula ke TPR


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker