Gerakan Mahathir hanya untungkan PH – penganalisis

Gerakan Mahathir hanya untungkan PH – penganalisis

Penganalisis politik berpendapat Gerakan Tanah Air, pimpinan Dr Mahathir Mohamad ‘hanya cantik di atas kertas’ tetapi sukar memberi impak kepada politik tanah air kerana dianggotai ‘kumpulan picisan’.

Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) yang membentuk gerakan itu dilihat tidak mempunyai pengaruh kuat dalam menarik undi simpati orang Melayu.

“Dari segi atas kertas memang cantik tetapi apabila ia dianggotai oleh Pejuang, Berjasa, Putra, Iman… maka ia dilihat tidak lebih hanya untuk mendapatkan manfaat politik dengan menggunakan perpecahan Melayu Islam itu sebagai batu loncatan.

“Kemungkinan gagasan ini tidak memberi impak besar kepada senario politik tempatan kerana ahli atau parti yang terlibat dalam gagasan ini tidak kuat pengaruhnya dalam menarik simpati orang Melayu Islam,” katanya kepada FMT.

Malah, Azmi tidak menolak usaha pengerusi Pejuang itu yang cuba menjatuhkan parti Melayu Islam lain khususnya Umno hanya akan memecahkan lagi undi kaum itu, dan memberi manfaat kepada Pakatan Harapan (PH).

“Hakikatnya, ia akan memecahkan lagi pilihan undi orang Melayu Islam,” katanya.

Terdahulu, bekas perdana menteri itu mengumumkan penubuhan gagasan baharu yang bertujuan memperjuangkan kaum Melayu untuk mempertahankan Malaysia.

Mahathir selaku pengerusi gerakan itu berkata, gabungan terdiri daripada parti Melayu, NGO dan orang perseorangan akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 sebagai satu gerakan, dan meletakkan calon mereka dalam usaha menumbangkan kerajaan sedia ada.

“Gerakan ini bertujuan untuk menukar kerajaan (sedia ada). Kita akan bertanding sebagai satu gerakan dan kita akan letak calon daripada parti politik, NGO, individu yang menyokong gerakan ini,” katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Sementara itu, Noor Nirwandy Mat Noordin daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), berkata Mahathir sedar bahawa landskap politik semasa didominasi oleh parti Melayu Islam.

Justeru, dengan menubuhkan sebuah gagasan baharu berteraskan elemen itu Mahathir percaya ia mampu menumbangkan seterunya, iaitu Umno.

“Untuk menyaingi kekuatan Umno, Mahathir mungkin beranggapan gagasan baharu ini mempunyai peluang untuk mengaut undi Melayu atas pagar atau bukan penyokong Umno,” katanya. FMT

Gerakan Mahathir hanya untungkan PH – penganalisis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker