Sarimah tegur pengacara mana tu?

Sarimah tegur pengacara mana tu?

Pengacara dan penyanyi, Che Puan Sarimah Ibrahim, 45, menegur sikap segelintir selebriti yang bermasam muka sehingga menyerlahkan sisi tidak profesional mereka ketika menggalas tanggungjawab sebagai seorang pengacara.

Menurut Sarimah, pengacara hanyalah tulang belakang yang membantu menghidupkan sesuatu acara namun mereka bukanlah bintang di dalam majlis tersebut.



“Saya tidak boleh tengok artis bergaduh di atas pentas mahupun di belakang pentas dan jadikan perkara ini tentang mereka.

“Sekali lagi saya tekankan mengacara adalah kerja menghibur, bukan saling berdebat dan ingin menang.

“Biarkan peserta di atas pentas lebih bersinar sementara kita menjadi tulang belakang yang positif buat mereka,” katanya menerusi satu ciapan di platform ‘X’.

Namun begitu, penyanyi Kini Kau Tiada itu menegaskan teguran itu ditujukan secara umum tanpa niat menyindir mana-mana pihak.



“Nasihat ini bukan ditujukan kepada sesiapa, hanya teguran secara umum. Tapi siapa yang makan cili, tahu-tahulah ya. Kita semua boleh perbaiki kerja kita,” tambahnya.

Sarimah baru-baru ini mencuri perhatian apabila memuat naik status yang didakwa seakan-akan mempersoalkan pertelingkahan yang berlaku antara pengacara rancangan televisyen popular All Star Gegar Vaganza.

Semalam, Elly menerusi Instastory meluahkan rasa berang terhadap tindakan pihak-pihak berkenaan yang dirasakan bersikap sombong dan telah menjatuh hukum ke atas dirinya.

Elly sekitar minggu ini mengejutkan ramai pihak selepas mengumumkan pengunduran selaku hos program All Star Gegar Vaganza (GV10).



Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd. Salleh dalam sidang media semalam berkata, pihaknya tidak menghalang malah sentiasa membuka pintu sekiranya Elly ingin kembali dalam program itu. Utusan

Sarimah tegur pengacara mana tu?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Elly Mazlein perli siapa?

Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?



Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’

Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker