Siapa lagi mahu cakap hak dan pentingan melayu, adakah DAP?

INILAH yang saya katakan selama ini, orang Melayu tidak boleh lagi bercakap tentang kepentingan bangsanya sendiri. Sesiapa sahaja yang bercakap demi kepentingan Melayu, pasti akan ditohmah, dituduh dan dilabel macam-macam.

Kali ini, pemimpin DAP menempelak Tan Sri Tuan Guru Haji Hadi dan Tun Dr Mahathir yang sudi duduk bersama-sama membincangkan hal agenda dan hala tuju orang Melayu. Kononnya mereka tidak layak.

Habis tu, siapa yang layak bercakap mengenai nasib orang Melayu? Lim Kit Siang? Pemimpin-pemimpin DAP?

Sekurang-kurangnya Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Hadi adalah negarawan-negarawan yang punyai pelbagai sumbangan kepada orang Melayu dan umat Islam yang diperakui oleh orang-orang Melayu dan malah masyarakat dunia.

Tetapi, sejak dulu lagi pemimpin-pemimpin DAP hanya pandai membela sekolah-sekolah Cina milik Dong Zong sahaja. Malah, kita tidak lupa Deklarasi Setapak oleh DAP pada tahun 1967 menentang hak Istimewa Bumiputera dan orang Melayu. Begitulah hipokritnya kamu semua.

Manakala kamu Ramasamy, banyak membela pembinaan kuil-kuil haram sahaja. Dan kamulah yang bersungguh-sungguh terkehadapan dalam isu-isu pemurtadan anak-anak mualaf. Kita takkan lupa.

Hebat betul hipokrasi kamu kononnya terpaling harmoni apabila marahkan Melayu yang ingin bercakap mengenai bangsanya sendiri.

Malah, Ramasamy labelkan dan mengutuk Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Haji Hadi seolah-olah mereka telah merosakkan dan merugikan orang-orang Melayu sekian lama. Oleh itu, tak layak bercakap mengenai hal orang Melayu.

Tetapi lupa, DAP sendiri yang beriya-iya mensucikan dua tokoh ini ketika mahu mendapat sokongan orang Melayu pada PRU-13 dan PRU-14. Ketika itu, jasa-jasa Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Haji Hadi dijulang-julang oleh DAP. Lupakah?

DAP juga tiba-tiba menuduh dua tokoh ini ingin menggulingkan kerajaan apabila memperjuangkan intipati-intipati dalam Proklamasi Melayu.

Nampak sangat mereka tak kaji proklamasi itu sebelum ‘melatah’. Hanya nak menggelupur semata-mata sahaja. Lucu betul tengok gelagat mereka yang alergik dengan perpaduan orang Melayu.

Orang Melayu tidak kira siapa pun berhak berfikir, berkata-kata dan memperjuangkan hak, nasib dan masa depan bangsa dan agamanya. Jangan dilayan suara-suara sumbang yang menghasut kita agar mengabaikan bangsa dan agama kita sendiri.

Kerana akhir sekali kita juga yang akan rugi kerana puak-puak ini juga yang bersungguh-sungguh ‘push’ sini dan sana demi kepentingan bangsa mereka.

Dia boleh (banyak-banyak), kita tak boleh (walau sedikit dan dijamin Perlembagaan).

Aminuddin Yahaya
6 Mei 2023


Proklamasi Melayu: bit.ly/ProklamasiOrangMelayu

Rujukan: https://malaysiagazette.com/2023/05/04/mahathir-hadi-tak-layak-cakap-perpaduan-melayu-ramasamy/

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker