Animasi Mechamato tembusi stesen TV utama Portugal

Animasi Mechamato tembusi stesen TV utama Portugal

Selepas menawan lebih 20 negara di Asia Pasifik, siri animasi tempatan yang semakin popular, Mechamato The Animated Series melangkah jauh apabila bakal menembusi stesen televisyen (TV) popular Portugal, bulan depan.

Siri animasi terbitan Monsta itu akan ditayangkan Sociedade Independente de Comunicacao atau SIC K, iaitu salah satu saluran TV terkemuka di Portugal.



Lebih menarik, siri animasi hasil sentuhan anak tempatan itu bakal disiarkan dalam bahasa Portugal.

Ketua Penjenamaan dan Pemasaran Monsta, Faiz Zainal Abidin, berkata syarikat teruja dapat menghiburkan kanak-kanak dari seluruh pelosok dunia melalui bahasa ibunda masing-masing melalui siri animasi terbitan Monsta.

“Kekuatan siri Mechamato terletak pada jalan cerita yang memfokuskan kepada nilai murni, persahabatan dan budaya. Mechamato terkenal dengan persembahannya yang menggunakan teknologi moden tanpa mengabaikan unsur tradisi tempatan.

“Dengan menggunakan Bandar Hilir Melaka sebagai sumber inspirasi, siri Mechamato mempamerkan kawasan bersejarah sebagai tema lokasi.



“Kami harap dengan cara itu, penonton muda di Portugal dan seluruh dunia yang berpeluang menonton Mechamato sedikit sebanyak dapat mempelajari mengenai sejarah dan budaya yang ada di negara kita,” katanya.

Selain Portugal, siri animasi Mechamato berjaya menembusi saluran Cartoon Network Asia Pasifik termasuk Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Australia dan New Zealand.

Mechamato The Animated Series ini turut dialih suara ke bahasa Inggeris, Mandarin, Kantonis, Korea, Jepun, Thailand dan Vietnam.

Penerimaan di laman sosial terutama Twitter turut meraih sambutan luar biasa apabila ciapan pengguna pelbagai negara turut berkongsi pendapat dan reaksi mereka mengenai siri itu dengan menggunakan tanda pagar #Mechamato.



Siri animasi Mechamato boleh ditonton menerusi saluran tempatan Astro Prima setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 malam selain Cartoon Network, HBO GO dan Astro GO.

Bukan itu saja, Mechamato juga bakal muncul di beberapa platform penstriman lain, tidak lama lagi.

Turut dinantikan adalah Mechamato Movie yang dijangka ditayangkan di pawagam Malaysia, Indonesia dan Brunei, Disember depan. BH

Animasi Mechamato tembusi stesen TV utama Portugal




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh



Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central

Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker