Laudya Cynthia Bella umum bersara dari dunia seni

Laudya Cynthia Bella umum bersara dari dunia seni

Selepas desas-desus kononnya pelakon, Laudya Cynthia Bella sudah bergelar isteri kepada seorang lelaki Dubai, kini dia mengumumkan pula persaraannya daripada dunia seni.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media di Indonesia, Laudya memaklumkan dia sudah lama merancang untuk bersara daripada dunia seni dan memohon peminat terus mendoakan agar dia berjaya dalam kehidupan.



“Doakan saya. Insya-Allah, tiada filem lagi selepas ini. Semoga istiqamah dan filem terakhir saya adalah Buya Hamka.

“Memang saya sudah pasang niat, tetapi manusia itu lemah. Semoga Allah membantu.

“Saya ingin berjaya di dunia dan akhirat. Masih banyak yang perlu saya pelajari dan lalui selepas ini,” katanya memetik laporan Liputan 6.

Pelakon yang cukup popular dengan siri filem Surga Yang Tak Dirindukan ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan dan selebriti Malaysia, Engku Emran pada September 2017 tetapi bercerai pada Julai 2020.



Pengurus kepada Laudya sebelum ini dalam satu kenyataan menafikan dakwaan kononnya pelakon itu sudah bernikah sekali lagi selepas sebuah video tular di media sosial, baru-baru ini. Utusan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Laudya Cynthia Bella umum bersara dari dunia seni


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central



Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker