Pendidikan, penyeragaman pengurusan tahfiz diperkasa – Ismail

Pendidikan, penyeragaman pengurusan tahfiz diperkasa – Ismail

ISU pendidikan dan penyeragaman pengurusan tahfiz di seluruh negara akan diperkasa kerajaan menerusi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemerkasaan itu akan melibatkan lima teras utama yang terkandung dalam DPTN.



Menurut beliau, lima teras utama tersebut adalah undang-undang; model tahfiz; kurikulum yang menepati pendidikan arus perdana; tadbir urus yang berintegriti dan penyelarasan pengiktirafan tahfiz.

Beliau berkata, jumlah pusat tahfiz berdaftar telah meningkat kepada 1,208 tahun ini daripada 571 buah sejak DPTN diperkenalkan pada tahun 2016.

“Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri perlu bersama meneliti status tanah bagi mempermudah pusat jagaan dan pusat tahfiz untuk mendapatkan kelulusan beroperasi.

“Contohnya, isu penukaran status tanah pertanian kepada tanah komersial bagi membolehkan pusat-pusat ini beroperasi dengan sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Pendekatan berhubung pengurusan tahfiz itu dipersetujui dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet Bagi Kesejahteraan Golongan Rentan yang dipengerusikan Perdana Menteri, hari ini.

Mesyuarat berkenaan telah dihadiri menteri-menteri; timbalan-timbalan menteri berkaitan serta pegawai-pegawai kanan kementerian dan jabatan terlibat.

Jawatankuasa berkenaan merupakan platform khas meneliti secara menyeluruh isu berkaitan pusat jagaan golongan rentan termasuk pusat jagaan kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), warga emas serta psuat tahfiz.

Perdana Menteri turut memaklumkan mesyuarat berkenaan bersetuju dengan cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk meningkatkan pendaftaran pusat jagaan sedia ada, menggadakan tindakan penguatkuasaan dan menyemak semula Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) serta Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994.



Sementara itu, Ismail Sabri turut mengumumkan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 (Akta 802) akan dikuatkuasakan sebagai persediaan kepada unjuran Malaysia mencapai status ‘negara tua’ menjelang 2030.

Jelasnya, akta tersebut juga menyokong perkembangan industri penjagaan kesihatan warga emas di pusat jagaan swasta.

“Bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pusat jagaan, KPWKM turut melaksanakan Projek Rintis Penyampaian Perkhidmatan Alternatif (ASD) di sebuah pusat jagaan warga emas mulai 21 November 2021.

“Pendekatan baharu ini melibatkan kerjasama strategik melalui perkongsian kepakaran NGO yang berpengalaman dalam penjagaan warga emas untuk memastikan pusat jagaan diuruskan dengan berkesan,” jelas beliau. Utv



Pendidikan, penyeragaman pengurusan tahfiz diperkasa – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini



“Sampai Hati…Bapa Saya Baru Meninggal”-Azza Elite Kena Maki Dengan DIVA Azwan Ali Gara-gara…

Syed Saddiq, Dr Rafidah Bertikam Lidah Di Twitter Pasal Isu Merokok



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker