Neelofa Balas Balik Komen Netizen Isu Sorok Muka Bilal Walaupun Sudah 6 Bulan Dilahirkan..
Neelofa Balas Balik Komen Netizen Isu Sorok Muka Bilal Walaupun Sudah 6 Bulan Dilahirkan..
KEPUTUSAN pengacara Neelofa kekal menyembunyikan wajah anak sulungnya meskipun sudah berusia enam bulan mengundang rasa kurang senang netizen.
Segelintir mereka berpendapat Neelofa seharusnya tidak memuat naik sebarang perkongsian melibatkan anaknya, Muhammad Bilal sekiranya enggan mempamerkan wajah.
“Baik tak payah post (muat naik) kalau sorok-sorok macam ni apa maknanya?,” komen netizen.
Komen itu ditinggalkan seorang netizen dalam perkongsian Instagram Neelofa yang menunjukkan Bilal sedang tidur di kerusi bayi.
Bagaimanapun wajah anaknya itu ditutup dengan sebuah bantal kecil berwarna kelabu.
Tampil menjawab komen netizen itu, Neelofa memberitahu dia akan menunjukkan wajah anaknya itu apabila tiba masanya.
Dalam hantaran tersebut, Neelofa turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak lelakinya itu dan mendoakan kesejahteraan anak-anak lain agar sentiasa dalam perlindungan Yang Maha Esa.
Netizen mengkritik tindakan Neelofa yang gemar memuat naik gambar anaknya sambil menutup muka Muhammad Bilal.
“Anakku Muhammad Bilal genap enam bulan hari ni. Tiada perkataan yang boleh gambarkan perasaan saya dan suami setiap kali bercakap tentang anak soleh ni.
“Moga sentiasa dalam lindungan dan agaan Allah SWT. Semoga semua anak-anak kecil di luar sana juga sentiasa dalam kebaikan dan perlindungan Allah ya Hafidz ya Muhaimin,” tulisnya di Instagram pada Jumaat.
Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu..mSTAR
Neelofa Balas Balik Komen Netizen Isu Sorok Muka Bilal Walaupun Sudah 6 Bulan Dilahirkan..
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- What are the motives of Mahathir withdrawing review of Batu Puteh?
- “Top 5” bertemu, tanda pilihan raya makin dekat
- Scammer menyamar jadi Wan Junaidi
- Langkawi cuba haramkan UMNO, paksa lompat ke PPBM – Nik Nazmi
- Harga minyak masak boleh diturunkan, idea Najib betul
- Perokok tiada hak, kesihatan rakyat lebih utama
- Tuntutan Cuepacs beri kesan terhadap kerajaan pada PRU – bekas KP JPA
- Guru dipercayai maut selepas gaduh
- Pengerusi NGO diserang setelah lapor penyelewengan Penjana Kerjaya ke SPRM
- Pinjam duit mentua bayar upah cubaan bunuh isteri sendiri
- 2 anak Allahyarham Jamaluddin Jarjis berjaya batalkan saman nenek
- Amanda Manopo selebriti panas
- Abang kawasan asal Kelantan ugut penjaja wanita akhirnya dikutip polis [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.