Perikatan Nasional Kecewa?

Perikatan Nasional Kecewa?

Kalau nak kira kecewa, ini antara tindakan orang yang dikatakan kecewa dengan PM dari UMNO.

1. Ogos 2020 – Secara tiba-tiba tubuhkan Perikatan Nasional dengan PAS yang sebelumnya bersama UMNO dalam MN (pada waktu itu masih rancak)

2. Ogos 2020 – Tuntut bertanding 45 kerusi semasa PRN Sabah (daripada 73 jumlah kerusi DUN). Bila tak dapat, letak calon bebas berdepan dengan Barisan Nasional.

3. Oktober 2020 – Cuba isytihar darurat tanpa sebarang perbincangan bersama parti komponen dalam Kerajaan.

4. Semenjak PRU14 – Curi Ahli Parlimen UMNO dan Ahli UMNO.

5. Februari 2021 – Ahli MPT Bersatu minta UMNO dedah perbincangan Mesyuarat MKT.

6. Jun 2021 – Pemuda PN membuat kenyataan bahawa Ketua Pemuda UMNO letak otak kat lutut.

7. Oktober 2021 – Timbalan Presiden PPBM berkata keputusan UMNO untuk tidak kerjasama dengan Bersatu adalah
pandangan peribadi beberapa pemimpin. Sedangkan itu keputusan akar umbi.

8. Januari 2022 – Ketua Penerangan Bersatu kata UMNO rakus kerana membubar DUN Johor. PPBM setiap minggu menganggu urusan Kerajaan negeri.

9. Januari 2022 – Timbalan Pengerusi PN & Presiden PAS gelar UMNO sebagai itik patah kaki.

10. Januari 2022 – Mokhtar Senik kata tiada pawang yang mampu merawat UMNO.

11. Mei 2022 – Pengerusi PN Kedah berkata bahawa kerjaya politik Presiden UMNO sedang nyawa nyawa ikan.

12. Mei 2022 – Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Presiden UMNO minta beliau campur tangan dalam kes mahkamah beliau yang jelas hanya satu cerita rekaan.

13. Mei 2022 – Ketua Penerangan PAS berkata bahawa Presiden UMNO menolak MN apabila UMNO enggan terima Bersatu tetapi PAS masih memaksa UMNO terima.

14. Jun 2022 – Pengerusi PN Kedah sekali lagi menyerang UMNO dengan mengatakan bahawa Presiden UMNO takut dipenjara. Walhal serangan ini hanya kerana UMNO tetap berpendirian tidak mahu bersama PN.

15. Julai 2022 – Tuntut jawatan TPM dalam keadaan di mana negara sedang berhadapan dengan isu inflasi. Pengerusi MPN buat apa? Tuntut jawatan.

16. Hari ini, setelah pelbagai aksi tindakan dan kenyataan mencemuh BN, – tiba-tiba PN hendak kata dia yang kecewa??

Kalau kerana soal jawatan pun boleh kecewa, agaknya apa perasaan PN selepas PRU15 nanti? Gembira?

#SambungYangTergendala


SHAHRIL HAMDAN
Ketua Penerangan UMNO Malaysia

Perikatan Nasional Kecewa?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker