Kerap Rakan Minta Bancuhkan Kopi, Rody Kristal Dapat Idea Ceburi Bidang Perniagaan

Kerap Rakan Minta Bancuhkan Kopi, Rody Kristal Dapat Idea Ceburi Bidang Perniagaan

KEJADIAN seperti pelanggan tidak nampak premis jualan dan makanan mudah rosak merupakan antara perkara mistik yang sering dialami oleh individu yang menjalankan perniagaan kedai makan.

Menyedari mengenai perkara itu, gitaris kumpulan Kristal iaitu Rody berkata dia sentiasa mengamalkan doa agar dijauhkan daripada perbuatan hasad dengki manusia dan meletakkan sepenuhnya soal rezeki itu kepada Allah SWT.



Kata Rody atau nama sebenar Mohd Rodi Baharudin, 36, dia percaya jika ikhlas dalam sesuatu pekerjaan termasuklah perniagaan pasti akan dimurahkan rezeki.

“Pada saya untuk hal itu… kita kena banyakkan berdoa dan meminta segala pertolongan daripadanya.

“Insya-Allah jika kita berpegang teguh dan yakin kepada Allah, perkara sebegitu boleh dijauhkan termasuklah perbuatan sihir itu,” ujarnya ketika dihubungi mStar.



Rody yang diminta mengulas mengenai pembukaan kafe Kopi dan Bootik miliknya bersama isteri, Nur Izwani Azman yang beroperasi di Lot 21936, Lorong Cinta Alam A, Kajang, Selangor.

Mengulas lanjut mengenai perniagaan baharunya itu, Rody berkata permintaan dan dorongan rakan-rakan menyebabkan dia membuka kedai kopi tersebut.

“Selalu kawan-kawan akan datang rumah dan minta saya bancuhkan kopi untuk mereka. Bermula daripada itu saya dapat idea untuk buka perniagaan.



“Saya mengambil masa sekitar tiga bulan untuk betul-betul membuat keputusan dan melakukan persiapan kedai ini. InsyaAllah saya dan isteri akan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

“Buat masa sekarang saya dan isteri yang menguruskan, tetapi sekarang kami sedang mencari pekerja sambilan untuk menguruskan kedai sekiranya kami berdua sibuk,” katanya.

Menarik mengenai kedainya itu, Rody menamakan air minumannya yang dijual dengan tajuk lagu kumpulan Kristal seperti Kopi Delaila dan Kopi Seragam Hitam.

Selain minuman, kafe itu turut menjual beberapa produk lain seperti tudung, kasut sukan, pakaian kanak-kanak dan minyak wangi.mSTAR





Kerap Rakan Minta Bancuhkan Kopi, Rody Kristal Dapat Idea Ceburi Bidang Perniagaan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker