Guna tukul samun kedai serbaneka, hotel bajet



Guna tukul samun kedai serbaneka, hotel bajet

PASIR GUDANG – Polis berjaya menyelesaikan dua kes samun oleh kumpulan penjenayah yang sama melibatkan kedai serbaneka dan hotel bajet di kawasan Taman Scientex, Pasir Gudang dalam tempoh 24 jam, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya berjaya memberkas tiga lelaki berusia 21 hingga 27 tahun di dua lokasi berasingan di kawasan sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang.

Beliau berkata, dalam kejadian pertama kira-kira pukul 1.25 pagi, ketiga-tiga suspek itu bertindak melakukan samun di kedai serbaneka di kawasan Taman Scientex, Pasir Gudang.

“Suspek terdiri daripada tiga orang lelaki warga tempatan bersenjata tukul telah merampas wang tunai di meja kaunter serta telefon bimbit milik mangsa.




“Aduan telah dibuat oleh mangsa iaitu remaja perempuan tempatan berusia 18 tahun yang merupakan pekerja di kedai serbaneka itu.

“Suspek seterusnya melakukan samun di sebuah hotel bajet di kawasan yang sama pada pukul 2.45 pagi. Mereka telah merampas beg milik mangsa yang mengandungi dokumen-dokumen peribadi milik mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, pihaknya telah menerima aduan mengenai kejadian itu daripada pekerja hotel lelaki tersebut yang berusia 21 tahun.

Katanya, hasil maklumat yang diperoleh, kesemua suspek berjaya dicekup sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah daerah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Kontinjen Johor antara 4 hingga 5.30 petang. K Online

Guna tukul samun kedai serbaneka, hotel bajet





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak



Leave a Reply

Your email address will not be published.