Perlu 10 Barang Ini Wajib ‘Dibuang’ Dari Bilik Mandi, Paling Geli Kalau Orang Lain Tengok Nombor 5!



Perlu 10 Barang Ini Wajib ‘Dibuang’ Dari Bilik Mandi, Paling Geli Kalau Orang Lain Tengok Nombor 5!

KEBERSIHAN kediaman bukan hanya tertumpu di ruang tamu, dapur dan bilik tidur semata-mata, tetapi juga di bilik mandi.

Walaupun bersaiz lebih kecil berbanding ruangan lain, tapi kadang-kadang di dalamnya tersimpan banyak benda yang tidak diperlukan.

Malah, antara benda atau peralatan tersebut sudah boleh dianggap sampah dan hanya semak mata memandang.

Walaupun bersaiz lebih kecil di dalam rumah, bilik mandi perlu dijaga dengan baik.




Memetik Southern Living, penyelenggara rumah profesional dan pengasas Imagine It Done, Lisa Jacobs berkata: “Mengapa anda perlu membuang sesetengah barang? Ini kerana ia sudah tidak berguna.”

Jom kita semak barang apa yang perlu dibawa keluar daripada bilik mandi, malah sebenarnya sudah boleh dibuang terus ke dalam tong sampah:

1. Ubat-ubatan tamat tempoh

Ubat-ubatan dan produk yang anda guna melalui mulut atau kulit semuanya mempunyai tarikh luput. Jacobs berkata, adalah penting untuk kesejahteraan anda dengan membuang barang yang telah tamat tempoh.

Anda boleh menyemak tarikh luput di bahagian belakang atau bawah botol dan kadang-kala pada penutup.

2. Sikat rambut lama

Menyimpan sikat rambut lama yang tidak digunakan hanya sekadar mengumpul habuk. Jadi lebih baik buangkan saja.

Selain itu pertimbangkan juga untuk membuang sebarang produk rambut yang anda cuba maun tidak suka.




tip bilik mandi freepik racool studio 4

Ubat telah tamat tempoh perlu dibuang. foto Freepik / Racool Studio

3. Pencukur kotor, berkarat

Jika anda mempunyai pencukur yang diletakkan di atas rak mandi, tidak digunakan dan berkarat, sudah tiba masanya untuk membuangnya.

Ia bergantung pada kekerapan anda bercukur, tetapi pencukur perlu diganti setiap 1-2 minggu sekiranya anda bercukur setiap hari, setiap 2-3 minggu jika anda bercukur pada hari berikutnya, atau setiap 4-6 minggu jika anda bercukur dua kali seminggu.

4. Set mandian yang dikumpul dari hotel

Jika anda mempunyai sejumlah botol plastik yang sangat jarang digunakan, sudah tiba masanya untuk membuangnya.

Juga pertimbangkan untuk membuang atau menyumbang semua botol syampu dan perapi mini dari hotel anda menginap sebelum ini yang dikumpulkan tetapi tidak pernah menggunakannya.




tip bilik mandi 3

Pencukur yang telah digunakan beberapa kali perlu dibuang.

5. Berus gigi dan ubat gigi lama

Menurut Jacobs, berus gigi perlu ditukar dan dibuang setiap tiga hingga empat bulan. Permudahkan diri anda dan cuba simpan beberapa berus gigi baharu di rumah.

6. Kain lap atau tuala terpakai

Semak semua kain di bilik mandi dan bawa keluar mana-mana yang lama, kotor, lusuh atau berbau pelik. Anda boleh buang, menggunakannya semula sebagai kain lap pinggan mangkuk atau menyumbangkan kepada pusat perlindungan haiwan yang mungkin memerlukannya.

tip bilik mandi freepik 2

Berus gigi lama. foto Freepik

7. Batu apung

Adakah anda tahu bahawa batu apung juga boleh luput? Jika batu apung anda kehilangan semua pasirnya dan tidak lagi mengelupas dengan betul, anda harus membuangnya.




8. Alat solek, pengilat kuku kering atau tamat tempoh

Alat solek mengeluarkan bau busuk dan tekstur berbeza apabila tamat tempoh. Walaupun kita suka menggunakan produk tersebut, tetapi jika digunakan secara berlebihan sehingga mengumpul kotoran dan tidak elok digunakan, maka sudah tiba masanya membeli yang lain.

tip bilik mandi freepik jcomp 5

Koleksi mandian dari hotel. foto Freepik / Jcomp

9. Syampu tambahan

Buang botol syampu separuh guna yang diletakkan di atas rak pancuran mandian anda, tapi jarang sejali digunakan sejak enam bulan lalu. Lebih baik juga membuang kandungannya dan kitar semula botol kosong tersebut.

10. Loofah atau span terpakai

Loofah dan span boleh menjadi tempat pembiakan bakteria yang mudah, terutama dalam bilik mandi berwap. Menurut Jacobs, ia seharusnya ditukar setiap bulan.

Perlu 10 Barang Ini Wajib ‘Dibuang’ Dari Bilik Mandi, Paling Geli Kalau Orang Lain Tengok Nombor 5!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi



Leave a Reply

Your email address will not be published.