Jari budak 7 tahun patah akibat robot catur


Robot itu tersilap jari budak lelaki tersebut sebagai sekeping buah catur. – Telegram/Baza

MOSCOW – Sebuah robot pemain catur mematahkan jari lawannya iaitu seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dalam satu kejohanan di Moscow, Russia, lapor saluran berita NBC News semalam.

Insiden berlaku minggu lalu selepas budak lelaki tersebut mengatasi gerakan robot kecerdasan buatan (AI) tersebut, kata Presiden Persekutuan Catur Moscow, Sergey Lazarev kepada agensi berita Russia, Tass.

Video yang memaparkan insiden semasa pertandingan Catur Terbuka Moscow itu tular di media sosial selepas disiarkan oleh media tempatan, Baza News.

Ketika kejadian, robot itu mencapai salah satu buah catur budak lelaki itu dan membuangnya daripada papan catur. Sebelum lengan robot itu dialihkan semula, budak lelaki itu membuat satu lagi gerakan dengan menolak satu buah catur ke tempat yang sama bidaknya dialihkan.

Cakar mekanikal robot itu turun semula ke papan catur lalu memegang jari telunjuk budak lelaki itu dan bukannya buah catur.

Ia memegang jari itu selama sekurang-kurangnya 15 saat sebelum dua orang yang menyaksikan kejadian itu berjaya membuka cakar lengan itu dan melepaskan jari mangsa.

“Budak itu membuat gerakan dan selepas itu perlu memberi masa kepda robot untuk bertindak balas tetapi dia tergesa-gesa lalu ia menangkapnya,” kata Lazarev kepada agensi berita Tass.

Tambah beliau, budak lelaki itu terus bermain dalam kejohanan itu dengan jarinya dibalut.

Baza News kemudian mengenal pasti budak lelaki itu sebagai Christopher dan berkata, dia adalah salah seorang daripada 30 pemain catur terbaik di Moscow bagi kategori bawah umur 9 tahun.

Ibu bapa budak itu mahu menghubungi pejabat pendakwa raya, kata Lazarev.

“Kami akan berkomunikasi, cuba menyelesaikannya dan membantu dalam apa jua cara yang boleh. Pengendali robot perlu memikirkan cara mengukuhkan perlindungan supaya kejadian seperti itu tidak berlaku lagi,” katanya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)

Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker