Lelaki kentut tidak berhenti selama lima tahun saman gerai makan

Lelaki kentut tidak berhenti selama lima tahun saman gerai makan

LONDON – Seorang lelaki Britain mengemukakan tuntutan saman sebanyak £200,000 (RM1 juta) terhadap pemilik sebuah gerai makan kerana mendakwa menyebabkan dia mengalami masalah kentut tanpa henti sejak makan sandwic yang dibeli di premis berkenaan lima tahun lalu.

Menurut akhbar Daily Star, Tyrone Prades, 46, membeli sandwic itu pada Disember 2017 ketika melawat sebuah pasar Krismas di Birmingham bersama isteri dan anak-anaknya.

Peguamnya memberitahu mahkamah bahawa Prades mengalami kekejangan pada perut, demam, muntah dan cirit-birit beberapa jam selepas memakan makanan tersebut.

Dia juga dikatakan terlantar di atas katil selama lima minggu akibat jangkitan bakteria salmonella.

Peguam Prades, Robert Parkin berkata, anak guamnya mengalami masalah kembung perut yang kerap dan tidak terkawal sejak kejadian itu. Dia juga akan kentut dan tidak dapat mengawalnya.

Masalah itu telah memalukannya di khalayak ramai serta menyebabkan dia kerap terjaga ketika waktu malam.

Perutnya juga sering mengeluarkan bunyi aneh selepas kesakitan itu reda.

“Prades mengalami masalah kembung perut melampau secara berterusan.

“Perutnya juga terus mengeluarkan bunyi sehinggakan tidurnya terganggu. Gejala-gejala yang berterusan itu telah mengubah kehidupannya,” kata Parkin.

Sementara itu, peguamcara bagi Frankfurt Christmas Market Ltd., Philip Davy berkata, pegawai kesihatan alam sekitar ada menemui bakteria e-coli pada pisau yang digunakan dalam menyediakan sandwic tersebut, namun bukan salmonella seperti yang didakwa.

Tambahnya, disebabkan Prades tidak mendakwa bahawa dia dijangkiti oleh e-coli, dia perlu membuktikan diri dijangkiti bakteria itu bagi membolehkannya menerima wang tuntutan saman.

Syarikat yang menyediakan sandwic itu dalam masa sama menafikan dakwaan Prades, dan kes tersebut akan dibicarakan di mahkamah. K Online

Lelaki kentut tidak berhenti selama lima tahun saman gerai makan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker