Penceroboh musnah jambatan kebun haram, kebiadaban serupa komunis
Penceroboh musnah jambatan kebun haram, kebiadaban serupa komunis. Tindakan pekebun haram di Hutan Simpan Batu Talam, Raub memusnahkan jambatan di sekitar kawasan itu disifatkan sebagai kebiadaban yang ‘luar biasa’, kata Haji Aminuddin Yahaya.
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) itu mengakui tidak pernah mengetahui ‘taktik’ berkenaan dalam berdepan dengan penguat kuasa, melainkan pada zaman pengganas komunis dahulu.
Memandangkan hutan di Raub adalah sarang serta kubu kuat komunis, beliau percaya kebiadaban kumpulan pekebun haram itu lahir daripada keberanian yang dipupuk kerana yakin ada pihak berjawatan akan mempertahankan tindakan mereka.
“Malah, mereka yang mempertahankan itu sudah menunjukkan perangai biadab pada pihak penguat kuasa dengan penuh angkuh.
“Apa yang kita boleh harapkan kerana ianya sudah dapat dijangka, pemimpin ‘tunjuk taring’ biadab; maka pengikut pun pasti akan turut biadab berkali-kali ganda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan media hari ini berhubung empat jambatan simen di kawasan Hutan Simpan Batu Talam, Raub dirobohkan dipercayai angkara pekebun haram durian Musang King.
Tindakan itu menyebabkan operasi pihak berkuasa untuk memusnahkan kebun berkenaan terhenti apabila anggota penguat kuasa terpaksa mengambil masa panjang untuk membaiki jambatan tersebut.
“Kita juga difahamkan bahawa kira-kira tanaman durian secara haram seluas 101 hektar atau 250 ekar dalam Hutan Simpan Batu Talam itu.
“Satu padang bola adalah lebih kurang 1.8 ekar, anda pandai-pandailah kira dan bayang besar mana pencerobohan itu berlaku,” kata Aminuddin.
Justeru, Aminuddin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya segera menyiasat kes berkenaan, kerana percaya isu pencerobohan tanah pasti membabitkan rasuah serta salah guna kuasa, apatah lagi membabitkan skala besar 250 ekar.
“Kepada pihak penguat kuasa, kami rakyat Malaysia menyokong penuh akan usaha ini kerana kami yakin jika operasi ini berjaya, maka kita akan berjaya dalam operasi-operasi membanteras pencerobohan lain di serata negeri Pahang, malah seluruh Malaysia,” katanya.
Penceroboh musnah jambatan kebun haram, kebiadaban serupa komunis
Baca Artikel Menarik :
- Perebutan Kerusi Bagan Serai, Penyandang Terkejut Dengan Cita-Cita Wan Fayhsal
- Anwar kata sidang parlimen kali ini satu ‘penipuan’ Muhyiddin
- Dini mahu beli rumah impian dengan Janna
- Wawa Zainal teruja anak akhirnya makan ayam
- Resepi Kari Ikan Senangin Utara
- Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi
Layari Laman Facebook MYKMU
Anwar kata sidang parlimen kali ini satu ‘penipuan’ Muhyiddin