Visa pengasas MBI Tedy Teow batal, akan diusir dari Thailand

Visa pengasas MBI Tedy Teow batal, akan diusir dari Thailand

Visa ahli perniagaan Malaysia dalam buruan, “Tedy” Teow Wooi Huat, dibatalkan dan beliau kini menunggu untuk diusir pihak berkuasa Thailand, kata polis hari ini.

Pegawai Polis Sadao, Bunthaeng Laocharoen, berkata rakyat Malaysia berusia 55 tahun itu yang juga pengasas MBI Group International, sudah diserahkan kepada polis imigresen, di Songkhla dan kemudian dipindahkan ke pejabat imigresen Suan Plu, di Bangkok.

Bunthaeng menafikan laporan Bangkok Post, semalam, yang mendakwa penahanan Teow di Songkhla membabitkan pengubahan wang haram berkait judi dalam talian, di Danok, Sadao.

“Teow berada dalam senarai merah Interpol dan beliau dipanggil untuk dimaklumkan bahawa visanya sudah dibatalkan. Beliau tidak akan dikenakan pertuduhan di Thailand,” katanya.

Timbalan Pesuruhjaya Biro Imigresen, Achayon Kraithong, memberitahu Bernama, bahawa Teow akan diusir, namun tidak menyatakan ke negara mana. Beliau hanya berkata: “Kini, ia dalam pertimbangan prosedur imigresen.”

Semalam, Bangkok Post, memetik Penolong Ketua Polis Thailand, Surachate Hakparn, berkata Teow didakwa melakukan pengubahan wang haram berhubung perjudian dalam talian di selatan negara itu.

Laporan itu turut menyebut beliau melarikan diri ke Danok, di Sadao, pada 2020. Dilaporkan MBI Group menjalankan operasi kompleks hiburan, termasuk resort di sempadan Thailand-Malaysia, di bandar Danok.

Teow membina empayar perniagaannya melalui skim pelaburan, menarik pelabur dari China, Thailand, Malaysia, Indonesia dan Macau, menurut Bernama.

Pada 2017, Teow ditahan Biro Kawalan Narkotik Thailand atas tuduhan dadah. Bagaimanapun, beliau melarikan diri ke Songkhla dan berjaya melepaskan diri daripada hukuman mati.

Pada 2019, pihak berkuasa Malaysia membekukan 91 akaun bank membabitkan RM177 juta yang dikaitkan sebelum itu dengan MBI Group International. Bank Negara mengenal pasti syarikat itu menjalankan skim kewangan meragukan. FMT

Visa pengasas MBI Tedy Teow batal, akan diusir dari Thailand


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker