Tok Mat tak tolak keputusan BN gerak solo berubah

Tok Mat tak tolak keputusan BN gerak solo berubah

Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk bergerak solo mungkin akan berubah mengambil kira dinamik politik yang berubah-ubah, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Katanya, bagaimanapun, ketika ini pendirian BN untuk bersendirian berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), masih kekal.

“Pada ketika ini, parti sudah buat keputusan BN akan bergerak solo. Itu setakat hari ini lah sebab politik ini kadang-kadang ia tidak statik. Jadi ini belum kita putuskan lagi.

“Boleh jadi esok, ada pula pandangan kita macam lain dan kita akan ubah suai mengikut situasi, yang pentingnya kita nak menang. Bagaimana nak menang? Menerusi strategi dan taktikal kita,” katanya menurut Berita Harian.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, bagi menghadapi sebarang kemungkinan, Umno kini sedang membuat penilaian kedudukan parti di setiap negeri bagi memantau tahap persediaan jentera BN menerusi siri jelajah sehingga pertengahan bulan depan.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat laporan dalam parti terlebih dulu sebelum kajian kedudukan setiap negeri diperhalusi.

“Apa yang perlu kita buat di setiap negeri dan pendekatan berbeza-beza sebab politik sekarang tak boleh macam dulu lagi. Contohnya di Kedah, sekejap PAS menang, sekejap BN menang, susah nak cakap.

“Namun daripada pengamatan saya, jentera dan gerak kerja parti kemukakan strategi yang meyakinkan, namun kita perlu berhati-hatilah elak tersilap langkah,” katanya.

Mohamad berkata, laporan setiap Umno bahagian akan dibentangkan kepada perdana menteri untuk memastikan sama ada Umno sudah bersedia atau sebaliknya untuk menghadapi PRU15.

“Ramai orang kata mahu adakan PRU15, tetapi adakah parti sudah bersedia. Inilah laporan yang akan menyatakan kesediaan parti, supaya kita jangan tersalah langkah. Pemilihan calon belum kita bincang lagi,” katanya.

Beliau berkata, selepas Perlis dan Kedah, siri jelajah akan diteruskan ke Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak sehingga selesai semua negeri. FMT

Tok Mat tak tolak keputusan BN gerak solo berubah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker