Remaja 14 tahun dicekup dipercayai cabul, samun penjawat awam

Remaja 14 tahun dicekup dipercayai cabul, samun penjawat awam

Remaja berusia 14 tahun ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes cabul dan samun seorang penjawat awam, di sebuah kuarters penjawat awam, di Putrajaya, kelmarin.

Ketua Polis Putrajaya A Asmadi Abdul Aziz, berkata suspek yang juga pelajar ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, pada 1.20 tengah hari tadi.

Beliau berkata, penahanan suspek adalah hasil risikan di sekitar pusat kerajaan ini dan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Hasil soal siasat, suspek mengaku terbabit dalam kes itu kerana teruja mahu memiliki telefon bimbit jenis iPhone8 seperti dimiliki mangsa kerana usaha untuk mendapatkan daripada keluarganya tidak dilayan.

“Polis turut merampas barangan kes iaitu telefon bimbit milik mangsa, selain pakaian suspek sebagai barang bukti. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana kesalahan samun dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya menurut Berita Harian.

Semalam, media melaporkan seorang wanita berdepan detik cemas apabila disamun dan dicabul seorang lelaki di sebuah kuarters penjawat awam, kira-kira 5.30 petang, ketika mangsa berusia 30-an sedang berjalan menuju ke rumahnya.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek menolak badan mangsa ke arah dinding dan merampas beg tangan mangsa berisi wang tunai RM300 sebelum melarikan diri melalui laluan tangga.

Remaja 14 tahun dicekup dipercayai cabul, samun penjawat awam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker