Biodata Artis Wany Hasrita, Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Wany Hasrita, Profail dan Latar Belakang

Biodata Artis Wany Hasrita, Profail dan Latar Belakang

Nurshazwany Hasrita Hasbullah (lahir 24 Disember 1992) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi single sulungnya, “Menahan Rindu”

Pada tahun 2018, beliau telah memenangi Penyanyi Wanita Popular sekaligus dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31.

Beliau juga antara selebriti tanah air yang turut terlibat dalam perlumbaan TOYOTA GAZOO Racing Malaysia (TGR Festival) yang bersaing dalam kelas promosional bagi musim ke-2 hingga kini. Pada 22 Julai 2022 Beliau Telah Bergelar Isteri Kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun Dengan Dua Kali Lafaz.

Kehidupan awal

Wany dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur dan dibesarkan di Cheras. Wany menempuh persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, Cheras, sekolah yang sama dengan rakan artis, Eric Fuzi dari kumpulan Floor 88. Wany merupakan graduan Universiti Pengurusan dan Sains (MSU Shah Alam) dalam jurusan Sarjana Muda Sains Perubatan.

Kerjaya

Pada tahun 2016, Wany telah menandatangani kontrak rakaman di bawah syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City). Setelah empat tahun menjadi artis di bawah label syarikat rakaman tersebut, beliau berjaya mengeluarkan beberapa single hit antaranya “Menahan Rindu, “Terlalu Memuja”, “Belenggu Rindu” dan “Canggung”.

Di YouTube, single pertamanya, iaitu “Menahan Rindu” ditonton melebihi 35 juta tontonan manakala lagu duetnya bersama Tajul Ariff, iaitu “Disana Cinta Disini Rindu” ditonton melebihi 15 juta tontonan.

Menerusi kedua-dua lagu tersebut, Wany berjaya melayakkan diri ke Separuh Akhir Muzik Muzik 32 namun demikian hanya lagu “Menahan Rindu” yang berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 32.

Wany kemudiannya mengeluarkan EP pertama yang dilancarkan pada 25 April 2018 yang bertajuk sama. EP tersebut mengandungi lima lagu iaitu “Rindu Dalam Benci” (duet bersama Tajul), “Rintihan Rindu”, “Ewah-Ewah”, “Semaikan Cinta” termasuk “Menahan Rindu” yang tercalon dalam Anugerah Juara Lagu 32.

Wany turut berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi telefilem pertama lakonan beliau Tergantung Rindu dengan memegang watak diri sendiri yang ditayangkan di saluran Astro Citra dan Astro Mustika HD.


Baca Artikel Menarik:


Melengkapkan portfolio kerjayanya, Wany menggalas peranan sebagai pengacara rancangan Sembang Sahur di TV3 bersama-sama Issey Fazlisham, Shuk Sahar dan Dayah Bakar.

Beliau mempunyai kelab peminat rasmi, WanyHasnizers yang sentiasa menyokong kerjayanya sehingga beliau berjaya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 yang merupakan suatu kejayaan besar dalam kerjaya seninya. Kemenangan ini sekali gus memecahkan tradisi selama sembilan tahun yang dimenangi pelakon sebagai Bintang Paling Popular. Kali terakhir penyanyi memenangi kategori utama itu ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza pada ABPBH ke 22.

Pada 5 Februari 2021, syarikat rakaman FMC Music (Fantasia Music City) mengumumkan di akaun rasmi Facebook mereka bahawa muzik video beliau “Cinta Khayalan” akan dilancarkan secara rasmi di YouTube bermula jam 8 malam.

Wany berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 2021 dengan lagu “Canggung” dan “Belenggu Rindu” (duet bersama Jamal Abdillah). “Belenggu Rindu” terpilih untuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 dan sekaligus meraih tempat ketiga.

Pada 1 hingga 3 Julai 2022, Wany telah berpeluang menjayakan Konsert Tribute Seniman Negara Dato’ Seri Ahmad Nawab bersama-sama dengan artis ternama lain seperti Dato’ Jamal Abdillah, Dato’ Khadijah Ibrahim, Shidee dan Ramlah Ram yang berlangsung di Istana Budaya.

Kehidupan peribadi

Pada 20 September 2020, Wany telah berkongsi satu ciapan di Instagram miliknya bahawa beliau telah membeli sebuah rumah dua tingkat yang terletak di Semenyih, Selangor selepas menerima kunci kediaman daripada pemaju.

Calon Suami – Wany Hasrita Mahu Ikut Jejak Mira Filzah, Dedah Masa Nikah

Wany Hasrita
Wany Hasrita at MSU 22nd Convocation Ceremony Graduands.jpg

Wany di Majlis Konvokesyen Graduan MSU ke-22 pada Mac 2018.
Kelahiran
Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah

24 Disember 1992 (umur 29)

Kuala Lumpur, Malaysia
Pendidikan Sarjana Muda Sains Perubatan
Pusat pendidikan Management & Science University (MSU)
Pekerjaan Penyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif 2016–kini
Pasangan Mohd Al-Adib Fahmi Harun (k. 2022)
Ibu bapa
  • Hasbullah Hassan (bapa)
  • Norita Jaafar (ibu)
Kerjaya muzik
Genre
  • Balada
  • pop
  • Irama Malaysia
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman
FMC Music
Pengkarya berkait
Tajul Ariff, Wani Syaz

 

Biodata Artis Wany Hasrita, Profail dan Latar Belakang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wany Hasrita sah bergelar isteri [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker