Wany Hasrita sah bergelar isteri [VIDEO]

Wany Hasrita sah bergelar isteri [VIDEO]

Wany Hasrita sah bergelar isteri [VIDEO]
Wany menerima sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin.
DENGAN dua kali lafaz penyanyi Wany Hasrita sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya bernama Al Adib Fahmi dalam majlis yang berlangsung pada malam Jumaat.

Akad nikah tersebut disempurnakan oleh bapa Wany sendiri iaitu Hasbullah Hassan dan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa kira-kira pukul 9.15 malam di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor.

Pada majlis tersebut Adib atau nama sebenarnya Muhammad Al Adib Fahmi Harun, 30, menyerahkan sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin.



Manakala wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.

Wany meluahkan rasa syukur majlis dirancang berjalan lancar dan memohon doa peminat untuk kehidupan lebih baik selepas ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur majlis pernikahan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Terima kasih kepada mak, ayah, keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat yang tanpa jemu menitipkan doa yang baik-baik buat saya tidak kira untuk kerjaya mahu pun peribadi.


Baca Artikel Menarik:


Calon Suami – Wany Hasrita Mahu Ikut Jejak Mira Filzah, Dedah Masa Nikah



“Insya-Allah, ini adalah fasa baharu buat saya dan suami. Perjalanan kami masih panjang. Tanggungjawab menjadi isteri dan dalam masa sama bergelar anak seni akan saya cuba berikan yang terbaik. Cuma, selepas ini tentu saja keluarga menjadi keutamaan saya.

“Saya berdoa agar semoga segalanya dipermudahkan. Paling penting juga, saya mohon untuk semua mendoakan yang terbaik buat saya dan suami dalam melayari bahtera perkahwinan ini,” katanya.

Wany dan suami mula kenal sejak 2010 dan mereka jadi rapat sembilan tahun kemudian.



Masing-masing saling memahami perasaan dan hati dan akhirnya memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius – WANY HASRITA (PENYANYI)

Saling memahami antara satu sama lain membuatkan mereka berdua serasi dan mudah untuk membuat keputusan melangkah ke fasa seterusnya.

“Pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat. Jadi, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram (IG) dan banyak berhubung di situ.

“Tidak ada istilah ‘declare’ menjadi kekasih dalam perhubungan kami. Masing-masing saling memahami perasaan dan hati dan akhirnya memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius,” jelasnya.



Wany Hasrita sah bergelar isteri [VIDEO]
Wany dan Adib mula rapat sejak 2019.
Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.

Busana kedua mempelai pula mendapat sentuhan pereka Altelia Amani.

Majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada 24 Julai ini bertempat di Cheras, Kuala Lumpur.

Wany Hasrita sah bergelar isteri [VIDEO]


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



 

Mahathir takut berhadapan dengan Apandi Ali, protes keluar pejabat peguam negara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker