Polis serbu setinggan 18 terbunuh

MAYAT ditutup dengan selimut selepas penduduk membawanya ke jalan utama Complexo do Alemao untuk dibawa ke hospital selepas serbuan polis di favela di Rio de Janeiro, Brazil semalam. – AFP

RIO DE JANEIRO – Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam serbuan terbaharu polis yang menyasarkan kumpulan-kumpulan penjenayah terancang di sebuah kawasan setinggan di bandar raya Rio de Janeiro, kata polis Brazil semalam.

Seorang anggota penguatkuasa undang-undang dan seorang wanita adalah antara yang terbunuh dalam serbuan di kawasan setinggan Complexo do Alemao itu, manakala 16 korban lain dipercayai anggota kumpulan penjenayah.

Seorang jurucakap polis berkata, kira-kira 400 pegawai dan anggota polis terlibat dalam operasi besar-besaran itu yang dibantu 10 kenderaan kalis peluru serta empat buah helikopter.

Sasaran mereka ialah sebuah kumpulan penjenayah yang merompak kenderaan membawa muatan untuk bank dan perniagaan lain.



Matlamat operasi itu adalah untuk menghentikan ‘dasar perluasan’ kumpulan-kumpulan penjenayah di Complexo do Alemao.

Suruhanjaya hak asasi manusia Pejabat Perlindungan Awam dan Persatuan Peguam Brazil memberitahu agensi berita AFP secara berasingan bahawa mereka menerima maklumat seramai 20 orang terbunuh dalam serbuan itu termasuk seorang anggota polis dan seorang penduduk awam.

Ketua operasi itu, Kolonel Rogerio Lobasso mengucapkan takziah berhubung kematian wanita berusia 50 tahun itu. Menu­rutnya, kematian berkenaan masih disiasat.

Teman lelakinya memberitahu laman berita G1 bahawa polis menembak wanita itu ketika mereka berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat.



“Mereka menembak ke arah kereta kami. Saya melihat dia rebah di sisi saya. Terdapat lubang di dadanya,” kata teman lelaki mangsa, Denilson Gloria.

Pihak berkuasa bagaimanapun mempertahankan tindakan anggota-anggotanya semasa operasi itu dengan alasan pasukan polis telah diserang secara ganas dengan menggunakan taktik tentera dan gerila. Pihak berkuasa juga menuduh anggota-anggota kumpulan penjenayah itu menggunakan orang awam sebagai perisai manusia.

Polis kerap melakukan serbuan di kawasan-kawasan se­tinggan di Rio dalam usaha meme­rangi kumpulan penjenayah dan sindiket dadah.

Pada Mei lalu seramai 22 orang terbunuh dalam serbuan awal pagi ke atas kawasan setinggan Vila Cruzeiro. – AFP



Polis serbu setinggan 18 terbunuh

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur



MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker