Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur
Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur
Seorang individu dipercayai pengerusi kepada sebuah pusat tahfiz dikecam warganet selepas membuat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur. Menerusi satu hantarannya di Facebook semalam, dia menyifatkan mangsa berumur 14 tahun dalam kes rogol penceramah bebas yang ditahan baru-baru ini bukan dirogol, tetapi atas kerelaannya sendiri.
Hantaran yang tular itu turut mendapat perhatian daripada pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang kesal terhadap komen daripada individu tersebut. “Saudara Ezzat juga merupakan seorang suami dan mungkin juga seorang ayah. Tergamak Ezzat berkata begini?,” soalnya.
Malah, Pengasas Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM) itu menjelaskan, hantaran yang dianggap jijik oleh individu berkenaan adalah salah dari segi undang-undang. “Apa sahaja hubungan seksual dengan individu bawah umur adalah rogol walaupun suka sama suka!.”
“Isunya bukan sama ada suka sama suka tetapi bagaimana boleh seseorang yang mempunyai kedudukan dan ilmu agama mengadakan hubungan seksual dengan gadis bawah umur andai suka sama suka sekalipun?,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Semalam, penceramah bebas itu direman lima hari hingga Sabtu ini kerana disyaki merogol seorang gadis berusia 14 tahun. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Sasikala Devi berkata, penceramah berusia 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor jam 4.50 petang kelmarin. MG
Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur
Baca Artikel Menarik:
- Siti Nuramira dibebaskan JAWI
- Kenapa lambat hebah kehilangan Zalina? Ini penjelasan polis
- Isu ‘wartawan jadian’ tak boleh dipandang ringan
- Pelajar tingkatan satu ditahan kes amang seksual, cederakan budak 10 tahun
- Jenazah individu hina Islam haram disolatkan
- Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di UK
- Suami tak carum Perkeso isteri, boleh didenda RM10,000, penjara
- Hukuman penjara suri rumah curi milo ditangguh
- Ombak besar ‘sergah’ majlis perkahwinan, tetamu cabut lari
- Trend sebar agenda ‘New Malaysia’ makin membimbangkan – PDRM
- Les’ Copaque Kongsi Video Upin Ipin Menangis Bila Diejek Dengan Lagu ‘Kejam’ Di TikTok
- Tangan kiri anggota tentera hancur, dikisar rim motosikal
- Zalina mungkin memilih hidup low profile – Zakiah Anas/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi
Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)
You must be logged in to post a comment.