Myvi Guru Dibakar Dipercayai Angkara Ah Long

Myvi Guru Dibakar Dipercayai Angkara Ah Long

SEREMBAN: Kereta Perodua Myvi milik seorang guru pusat tuisyen di Taman Baiduri di sini terbakar pada bahagian bumper belakang dipercayai angkara perbuatan ah long.

Kejadian kira-kira jam 4.16 pagi itu hanya disedari Lee Mei Ching, 54, selepas terdengar bunyi hon kereta dan loceng rumahnya ditekan beberapa kali.



Menurutnya, ketika kejadian dia, suami serta anak lelaki berusia 25 tahun sedang tidur.
“Saya terjaga selepas dengar bunyi hon kereta dan loceng rumah ditekan beberapa kali.

“Apabila saya tengok di luar, kereta Perodua Myvi saya yang diparkir dalam garaj sedang terbakar pada bahagian bumper belakang sebelum berjaya dipadamkan,” katanya kepada media pada Rabu.

Ujarnya, terdapat juga nota yang tertera nama ‘Ong Teck Xiang’ beserta alamat rumahnya.

“Dalam nota itu turut meminta menghubungi nombor WhatsApp Simon. Saya tak kenal dia siapa dan rasanya ada orang yang menggunakan identiti dan alamat rumah saya untuk meminjam wang.

“Saya secara peribadi tidak pernah meminjam wang dengan sesiapa atau mempunyai perselisihan faham dengan sesiapa,” katanya.



Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Muhammad Izzudin Runggai mengesahkan menerima laporan kejadian. -SH

Myvi Guru Dibakar Dipercayai Angkara Ah Long

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker